Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Monday, November 12, 2012

Tempoh Kredit Expired/Tamat Celcom

Bangun je dari tidur, perkara pertama mesti tengok handphone dulu. Ye la. Sebab kunci jam kat handphone. Korang pun macam tu juga ke? Rasanya sekarang ni, majoriti dari kita memang letak handphone bawah bantal. Bukan apa. Senang nak terjaga dari tidur bila handphone tu menjerit-jerit nanti.

Tetiba pagi ni aku dapat sms. Malam tadi rasanya tak ada. Bila buka rupanya sms dari Celcom. Suruh topup sebab kredit dah nak tamat/expired. Bila aku check masa penghantaran adalah pukul 2.30pagi. Adehhh la Celcom. Macam tak sempat siang ke nak hantar sms? Rasanya benda ni dah jadi kes dulu bila ada yang merungut dapat sms dari penyedia perkhidmatan pagi-pagi buta. Takkan tak sempat nak tunggu siang. Pukul 7.00pagi pun ok. Harap Celcom dapat pertimbangkan situasi ni.

Aku ni bukanlah pengguna telefon tegar. Hanya betul-betul perlu je aku guna. Dalam sebulan tak sampai rm20 pun aku topup.Kalau topup rm10=7hari. Maknanya dalam sebulan aku kena tambah nilai rm40. Aku buka web Celcom ada pula pilihan nak panjangkan tempoh kredit.

Cara 1 : Taip EX1 (1tahun) @ EX2 (2tahun) dan hantar ke 28882

Cara 2 : Dail *118#. Cari menu untuk Credit Expiry

Yang ni untuk Celcom. Telco lain boleh juga rasanya. Setiap permohonan berjaya akan ditolak kredit. RM30 untuk 1 tahun dan RM50 untuk 2 tahun. Pada aku ini sangat berpatutan sebab kalau rm30 setahun, cuma rm2.50 untuk sebulan. Tapi kalau anda selalu topup, tak perlu kot buat Credit Expiry ni.


16 comments:

Mia Liana said...

ooo pengguna celcom rupanya.. mia guna maxis..

kitatauke said...

Mia Liana:maxis pun ade juga..cuma rasenya boleh buat 1tahun sahaja..

Anonymous said...

xsempat nak expired , kredit dah 0.00..hahaha :)

dariilhamkehati said...

CP pakai celcom jgk , tapi disebabkan CP nih gadis jelita 21 thn , akai upax jerr , hehehe ~~ sila jeles .. takde la expiry date until 25 ... huhuhuhu ~~

kitatauke said...

rafflesia:kl laju je abis kredit, tak guna sgt kot kredit expiry ni..

cweet pinky:tu la...patut celcom buat jgk pakej utk org tua...:)

Muttallif said...

Ohh...ada juga untuk bulk "top-up". baru tahu, info bagus

Yaya Mohd said...

yaya gune mxs..credit expired mmg lme..stahun lebih..heheh..;p

kitatauke said...

Muttallif & Cik Yaya:ni sesuai utk org kedekut mcm aku...hahaha...

Unknown said...

Halu. Trimas sebab aku memang carik cara extend ni. Jimat wei, sebab aku bukannya salu sangat guna kredit ni. Btw, aku baru buat blog. Minta support skit k? http://kucengberkaler.blogspot.com/

kitatauke said...

Kuceng Berkaler:tepon benda2 yang penting pun..dah jengok blog kuceng tu....")

dunk ishak said...

ada syarat kan? masa baca kat website dia x brapa paham..boleh advice?
thanks

kitatauke said...

dunk ishak:rasanya tiada syarat...cuma kredit kena potong rm30 untuk setahun @ rm50 untuk 2tahun...

Unknown said...

Sy punya x boleh buat kredit exp.. Sbb sim upax..sy dh 26..ada cara lain x?

kitatauke said...

xpenah guna plak upax ni..mgkn kena tukar pelan kot..cuba col 1111 (celcom)..

Mr.Toneexcel said...

Data only 1 msia.. napa tak dpt?

kitatauke said...

maaf bro..tp pakai data..try col celcom..