Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Saturday, December 8, 2012

Remote Kereta Perodua Rosak

Pernah mengalami remote kereta rosak/bateri habis selepas kunci kereta? Aku pernah berdepan situasi ini. Masa tu pergi makan angin di Kota Bharu. Gerak dari rumah awal pagi. Sampai Kota Bharu lepas asar. Huhh. Jauh betul Kota Bharu ni dari rumah aku. Esoknya nak gerak ke Rantau Panjang awal pagi. Ye la. Rasanya semua orang luar yang melawat ke Kelantan, mesti pergi ke Rantau Panjang. Destinasi wajib tu.

Bila sampai je kat kereta, tekan-tekan remote, tak boleh. Dah ketuk-ketuk pun tak jadi juga. Buka remote tu, buat-buat pandai ejas kedudukan bateri, pun tak jadi jugak. Haru macam ni. Nak cari kedai yang jual bateri remote, mana nak cari pagi-pagi buta macam ni.

Tetiba teringat la masa mula-mula ambik kereta ni dulu. Salesman Perodua ada ajar macam mana nak matikan alarm andai remote tak berfungsi.


Apa yang Salesman Perodua tu ajar adalah:

>>Buka pintu kereta menggunakan kunci macam biasa. Jangan takut kalau-kalau kereta anda bakal menjerit
>>Masukkan kunci
>>Pulas kunci sampai ke ON(enjin masih belum hidup)
>>Tekan brek.

Dan....alarm kereta pun berjaya dimatikan. Huhuhu. Selamat.

Tips ni hanya untuk kereta Perodua sahaja. Untuk kereta cap lain, boleh tanya Salesman masing-masing.

27 comments:

Dingdang said...

tak pernah buat lagi dan pernah juga kehabisan bateri remote tapi nasib baik ada remote pendua :)

Unknown said...

Viva jadi r ni..beres...thanks for the info

kitatauke said...

Nurul Faiz:in case kl ade 1 je..:)

Nieyxzha Hassan:myvi pun boleh...dlm kes aku kat Kota Bharu, myvi la tu...

Mila Ahmad said...

terima kasih info yang berguna sangat !

kitatauke said...

Mila Ahmad:same2...utk p2 je..:)

nurhuda said...

hahaha ! hanan tak tau pape pun pasal kete nii . in Sha Allah nanti daa blaja kete hanan tau laa pasal kete nii ;)

kitatauke said...

hananhadila:xpe...belajar sket2...lame2 nnt byk la tau..:)

Ummi Annur Humaira said...

salam...

bagus la info ni..huhu x penah tau...

cantik arh leh praktik ni andai masalah tu jadi..hehe

kitatauke said...

FatihaNur:wslm..hahh..pengguna maibi boleh cuba tips ni bile berdepan situasi macam di atas...hahaha...

Unknown said...

Kawan Wilma pun pernah buat macam nie ^_^ Syukur pas tu kereta boleh jalan dan alarm tu berhenti...

kitatauke said...

Dunia Wilma:penting juga tahu benda ni...in case terkena...ade ju penyelesaian...:)

luven said...

kereta kelisa boleh guna cara nih ?

abbyRahim said...

pas tu xbunyi2 dh ek?

kitatauke said...

@ammar-myvi ngan viva boleh...kelisa tak pasti..boleh cuba..

kitatauke said...

@abbyRahim-alarm tu akan reset..mmg tak bunyi..pastu kene beli bateri remote la..

Syamim Mokhtar said...

PERODUA KELISA DAN KENARI BOLEH MASUKKAN KUNCI DAN ON PASTU CARI BUTTON MERAH DEKAT TEMPAT BUKA BONET DEPAN UNTUK MEMATIKAN ALARM..

Syamim Mokhtar said...

kelisa dan kenari boleh on kan kereta pastu cari button merah dekat tempat buka bonet depan..button merah tu tempat untuk reset balik alarm ..jadi kita boleh tekan untuk mematikan alarm juga..

Dolaziz said...

TERIMA KASIH... TIPS YANG BERGUNA...

Naizaitul Husna said...

Tips yg sgt2 berguna.. TQ byk2..mati kutu jgk tadi..tibe2 je remote kete abis batt..google tips..jumpe sini..xpernah tau pon seblum ni... :-)

kitatauke said...

bahagia dapat bantu..

Unknown said...

Kes ni ngah blaku at ak skang ni,bapak tension...kompem jd???ak nak try jap g

kitatauke said...

viva dan myvi jadi..perodua lain tak test lagi...

mmfirdaus said...

berjaya, thanx tauke:)

Unknown said...

if myv tu berkunci cne plak? bkn ade tmpt kunci pn kt luar pinru nk bukak die

haxim said...

Untuk Perodua Kembara.

- Masukkan kunci dan pulas ke mode "on".

- Cari button merah kecil dibawah bahagian Dashboard. (Tricky bahagian ini. Dia berada di hujung kiri)

- Setelah itu alarm akan berhenti & kereta boleh start seperti biasa.

farida fasyeha said...

matikan alarm tu bjaya tp kreta x boleh start..x boaleh pulas kunci nak start kreta

kitatauke said...

xde?ye ke?ade la...try buat..