Sebenarnya dah lama aku tak membeli barang di web Lelong ni. Cuma selepas tetikus yang aku pakai dah mula buat perangai untuk kesekian kalinya, baru la aku mula membelek web Lelong ni.
Nampaknya terdapat perubahan tentang cara pembayaran di Lelong. Apa yang aku perasan adalah wujudnya bahagian Netpay - Lelong's Buyer Protection Program.
Dari pemahaman aku, konsep Netpay ini adalah lebih kurang sama dengan SafeTrade yang biasa aku gunakan dulu. Cuma sekarang mungkin kebanyakan peniaga di Lelong diwajibkan menggunakan Netpay ni bagi melindungi pembeli dari ditipu/barang tak dapat/sampai. Pada aku, sangat bagus kepada pembeli macam aku ni.
Selepas memilih barang yang dikehendaki, klik saja pada bahagian 'Buy Now' tersebut. Pembayaran boleh dibuat sama ada melalui Kredit Kad@Debit Kad. Ikuti langkah yang disediakan. Sangat mudah.
4 comments:
good sharing..
moga membantu..:)
Nice info..memang teringin nk beli kat Lelong sbb tgk selamat, xde masalah rasa sbb peraturan menjual dia pn agak ketat.
Terima kasih :)
in sya allah..sekarang lebih terjamin..lebih baik dr dl..cubalah kl brg tu murah dr kat luar..:)
Post a Comment