Wednesday, January 15, 2014

Terpadam/Terdelete Fail Dalam Pendrive

Pernah terjadi pada anda? Rasa senak kepala kalau fail tersebut tersangatlah pentingnya. Nak nak pula bos nak cepat @ kena hantar pada pensyarah secepat mungkin. Mahu jadi gila dibuatnya.

Ada banyak perisian recovery  yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan fail-fail penting yang telah ter'delete'. Yang biasa aku gunakan adalah Recuva ni.


Macam biasa, apa yang anda perlu adalah memuat turun perisian Recuva dan install ke dalam komputer anda. Klik sini untuk download. Disarankan untuk anda terus membuat 'recovery' setelah fail tersebut hilang.

Boleh ikut langkah di bawah bagi pengguna baru@newbie...:)

1. Buka perisian Recuva di 'Start Menu'. Kemudian tekan 'Next'.


2. Pilih 'All Files' dan tekan 'Next'.


3. Pilih 'In a specific location'. Dalam contoh di bawah, 'H' adalah lokasi pendrive. Kemudian tekan 'Next'.


4. Klik 'Enable Deep Scan' dan tekan tekan 'Start'.




5. 'Tick' pada file yang hendak anda recover dan tekan 'Recovery'.


6. Pilih di mana anda nak letakkan file yang akan di 'backup'. Kalau 'Desktop', pilih 'Desktop' dan tekan ok.


7. Tadaa. Dah berjaya. Sila lihat di 'Desktop' anda.


Boleh cuba buka fail yang telah berjaya di 'Recovery'. Semoga berjaya..

Wednesday, October 9, 2013

Cara Bayar di Lelong.com.my

Sebenarnya dah lama aku tak membeli barang di web Lelong ni. Cuma selepas tetikus yang aku pakai dah mula buat perangai untuk kesekian kalinya, baru la aku mula membelek web Lelong ni.

Nampaknya terdapat perubahan tentang cara pembayaran di Lelong. Apa yang aku perasan adalah wujudnya bahagian Netpay - Lelong's Buyer Protection Program.


Dari pemahaman aku, konsep Netpay ini adalah lebih kurang sama dengan SafeTrade yang biasa aku gunakan dulu. Cuma sekarang mungkin kebanyakan peniaga di Lelong diwajibkan menggunakan Netpay ni bagi melindungi pembeli dari ditipu/barang tak dapat/sampai. Pada aku, sangat bagus kepada pembeli macam aku ni.

Selepas memilih barang yang dikehendaki, klik saja pada bahagian 'Buy Now' tersebut. Pembayaran boleh dibuat sama ada melalui Kredit Kad@Debit Kad. Ikuti langkah yang disediakan. Sangat mudah.

Monday, September 30, 2013

Cara Hilangkan Windows Not Genuine

Pernahkan anda mengalami masalah Windows Not Genuine?


Masalah yang timbul ialah desktop wallpaper akan menjadi gelap/hitam. Dan tak boleh ditukar. Dan yang paling haru ialah apabila mula-mula 'ON' komputer/laptop, kena pilih samada nak teruskan atau nak beli lesen windows ni dulu. Leceh. Ini disebabkan windows yang digunakan adalah tidak tulen. Banyak cara yang boleh digunakan untuk menghilangkannya.

Antaranya (boleh google):

1. WGA remover-download dan install
2. Windows 7 Loader-download dan install
3. Guna command prompt-yang ni leceh bagi beginner macam aku.

Seeloknya lepas berjaya hilangkan Windows Not Genuine ni, pastikan anda tutup windows update untuk komputer/laptop anda.

p/s:pastikan disable dahulu antivirus/antimalware sebelum intall. Nanti tak pasal pula kena delete WGA/Loader tersebut.

Tuesday, February 26, 2013

iPmart:Antara Gedung Online Yang Boleh Dipercayai

Post sebelum ni aku ada cerita tentang pembelian pertama kali dibuat oleh aku di iPmart. Dan selepas 5 hari dari tarikh pembayaran barang tersebut, aku selamat terima Sony Xperia Go dengan jayanya.


Cuak juga aku sebenarnya. Ye la. Pertama kali aku beli barang di iPmart. Dengan nilai lebih kurang RM700 pula tu. Kalau la kena scam. Huhh. Tapi ini membuktikan bahawa adalah selamat untuk membeli barangan di iPmart.

Aku buat kronologi pembelian di iPmart kat bawah ni supaya kalau ada yang berminat nak beli barang di iPmart tahu situasi yang akan dihadapi bila membeli di situ nanti.

Hari Pertama (18/2/2013)
Aku pilih untuk melakukan transaksi pada hari Isnin. Kenapa? Sebab hari pertama bekerja. Jadi memang waktu kerja mereka dan harap mereka proses pada hari pertama dalam minggu tersebut. Kalau mereka pos dalam hari Rabu, barang tersebut akan sampai pada hari Jumaat. Tak perlu la bermalam hujung minggu di pejabat pos/courier. Pihak iPmart hanya mengesahkan pesanan barang dari aku walaupun pembayaran sudah dibuat. (Aku dah mula cuak)

Hari Kedua (19/2/2013)
Pihak iPmart mengesahkan pembayaran yang aku buat semalam. Walhal semalam pun sepatutnya mereka dah boleh sahkan pembayaran yang aku buat melalui Maybank2u. (Cuak kali kedua)

Hari Ketiga (20/2/2013)
Dapat panggilan dari pihak iPmart mengesahkan pembelian dan pembayaran dari aku. Katanya akan pos pada sebelah petang. Lega sebab pihak iPmart ada feedback. Tapi sampai ke malam tiada rekod menyatakan barang aku telah dipos. Lagi la cuak.

Hari Keempat (21/2/2013)
Dah dapat tracking number di web iPmart. Walaupun lega sebab ada tracking number tapi masih berdebar. Takut kalau handphone yang dibeli bertukar menjadi lesung batu.

Hari Kelima (22/2/2013)
Akhirnya barang aku selamat terima. Huhh. Lega. Dan dapat sama seperti yang terpapar di web iPmart.

Kesimpulannya adalah selamat untuk membeli di iPmart. Tips tambahan dari aku. Sebelum beli barang tersebut, boleh tanya customer servis iPmart sama ada barang yang hendak dibeli ada stock atau tidak. Kalau ready stock, boleh terus order. Kalau stock tiada, kena tunggu la pula.