Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Thursday, November 15, 2012

Bisul Banyak Mata @ Penyakit Raja Satong

Mak aku kena bisul banyak mata @ penyakit Raja Satong ni sekitar bulan 5@6 tahun ni. Penyakit ni sangat cepat merebak. Sebabnya pesakit tak perasan yang dia sedang menghidap. Mula-mula mak aku kena demam. Ingatkan demam biasa. 1 hari tu, dia kata, cuba tengok belakang badan dia. Sebab dia rasa macam ada benda timbul.

Bila aku tengok macam ada mata bisul. Aku cuba tekan. Mak aku kata tak sakit. Cuma aku perasan ada nanah keluar. Sekitar mata bisul tu macam kayap. Merah. Itu lepas 3 hari mak aku demam. Tanpa lengah aku bawa mak aku ke klinik. Doktor keluarkan surat suruh rujuk ke Hospital Besar.

Di Hospital Besar, doktor kata mak aku kena tahan wad. Sebab kena buat pembedahan kecil keluarkan nanah tu. Doktor bagi kronologi. Mata bisul tu nampak yang besar 1 saja. tapi ada 5 6 lagi yang kecil kat tepi yang besar. Ibarat busut yang kita nampak macam ada 1 je laluan semut. Sedangkan dalam busut tu dah lompong dengan jalanraya semut tu.

Gambar ni selepas pembedahan. Rasanya dalam 2 3 minggu lepas pembedahan. Sebenarnya luka tu membentuk lekuk macam orang scoop ais krim. Boleh letak sebiji telur dalam luka tu.

Untuk cepatkan penyembuhan, aku beli jeli gamat dan pati harun untuk mak aku makan. Pantang ada ubat yang orang kata baik. Terus aku beli. Contohnya Pil Keladi Tikus dan juga Minuman Raja Herba. Minuman Raja Herba ni pahit yang amat. Aku cuba la telan. Dia jenis hablur macam pasir. Aku ambik 3 biji je. Tu pun dah tak tertahan.

Nak cepatkan proses penyembuhan luka mak aku ni, setiap hari aku hantar ke klinik untuk cuci luka tu. Setiap hari. Tanpa ponteng. Alhamdulillah. Sekarang mak aku macam dah sihat. Tak tahu la kalau sakit tu nak datang semula. Harap dijauhkan.

Raja satong ni sebenarnya pokok tumpang. Membesar dengan menumpang pokok lain. Ada isi macam ubi. Boleh google Raja Satong untuk tengok tumbukan tersebut. Dalam Minuman Raja Herba ni terdapat Raja Satong yang dijadikan sebahagian daripada ramuan minuman tersebut.

7 comments:

ezyra taharin said...

semoga ur mom cepat sembuh yaaa

Acik As said...

rasanya abah pun pernah kena masa dia muda, bila tanya kenapa ada parut besar belakang badan, dia cakap kena parang..tapi mak cakap bisul jer pun...=p...truely parut bisul tu sangat besar..harap mak anda cepat sembuh..

kitatauke said...

ezyra daniel:tq..harap pun g2 gak..

As Nordin:tq..kl bisul biasa xpe..ni bile picit, tak henti keluar..rsau..terus bawak g hospital..

Karen Monica said...

harap mak kamu cepat sembuh :)

Yaya Mohd said...

cmane leh dpt bisul mcm tu..
hrap2 xde dtg lg kt mak en.tauke ye

Unknown said...

ouch!!skit...kesiannye...sbr..sakit itu ujian dari ALLAH..

kitatauke said...

Puteri Kasih, Cik Yaya & fifa alya:tq semua..:)