Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Tuesday, November 6, 2012

Pusat Servis Toyota Kuantan

Aku biasanya servis kereta di Pusat Servis Perodua Kuantan. Sama ada Indera Mahkota atau Semambu. Maklumlah. Itu je yang aku mampu buat masa ni. Tu pun dah syukur sangat-sangat dah jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang hanya mampu memiliki motosikal sahaja. Dan orang yang memiliki motosikal patut bersyukur kerana mampu membeli motosikal jika nak dibandingkan dengan orang yang hanya mampu berjalan kaki.

Berbalik pada tajuk di atas. Orang rumah aku baru bertukar ke Toyota Vios dalam bulan lepas. Beli di Johor. Jadinya memang tak tau sangat la pasal Toyota Kuantan sebab memang tak ambik tau pun kat mana pusat servisnya.


Kalau google pun kedudukan Pusat Servis Toyota Kuantan pun, macam konfius lagi. Ye la. Tempat yang diberitahu pun macam tak jelas. Setelah bertanyakan kawan-kawan yang biasa dengan kawasan Kuantan. Akhirnya aku jumpa juga.

Pusat Servis Toyota Kuantan terletak di Semambu. Nak senang. Cari arah ke Politeknik Sultan Ahmad Syah. Kalau dari Kolej Shahputra, ambik arah ke Politeknik. Masuk ke kanan untuk menghala ke Semambu. Pusat Servis Toyota berada di sebelah kiri. Nampak dari jalan besar. Pusat Servis Toyota ditanda dengan B & D.

1 comments:

bredmart said...

singgah sambil baca-baca