Wednesday, November 7, 2012

Kedai Bodykit Kereta Kuantan

Kereta tanpa bodykit memang nampak macam kosong saja. Ye la. Kalau beli spec biasa. Tapi kalau beli spec sporty, memang bergaya. Cuma poket pula tak tebal untuk membayar bulanan. Cuba tengok Toyota Vios kat bawah ni. Nampak macam kosong je.



Oleh kerana orang rumah aku baru bertukar kereta ke Toyota Vios J, spec yang rendah sekali, kami memutuskan untuk memasang bodykit. Baru la nampak meriah.



Beza kan antara yang tiada bodykit dan yang pasang bodykit? Nampak kemas je. Mula-mula survey kat Stadium Darul Makmur. Boleh dapat dengan harga RM1050 tanpa spoiler. Sebenarnya dah booking pun. Cuma tak pergi je ke kedai tu.

Setelah bertanya rakan-rakan yang dah pernah pasang bodykit kat kereta masing-masing, ramai yang mengesyorkan kedai di Jalan Beserah. Bersetentang dengan Bangunan Rozel. Berdekatan dengan dengan Sekolah SABS. Rujuk peta di bawah.


Nama kedai tu MD Auto Aksessori. Harga yang ditawarkan untuk full bodykit termasuk spoiler ada lampu bagi Toyota Vios adalah RM950. Walaupun boleh dapat lebih murah di Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru tapi kos nak pergi ke sana dari Kuantan macam tak berbaloi je.

7 comments:

Sue Riani said...

saya pernah tinted kereta kat kedai ni tapi hasil yang sangat mengecewakan.... setelah dua minggu tinted kelihatan tinted yang dipasang tak kemas dan menggelembung banyak tempat ekspecially tingkap..bila dibawa semula ke kedai..mereka menyalahkan tingkap saya dan meminta saya membayar jika mahu tukar tinted baru... bila saya bawa kereta saya ke kedai lain... pekerja kedai menyatakan tinted tersebut dipasang tidak sempurna..dan mereka telah membantu saya membaiki keadaan tinted tersebut...walaupun tak perfect sepenuhnya..tapi okla.... dari tak pasal2 kene keluar duit kat kedai penipu tuu

Sue Riani said...

saya g tinted kereta kat situ.... tapi tak memuaskan langsung... die yang buat silap..suh cust bayar kos pasang tinted lain.. salah kan tingkap..

kitatauke said...

Sue Riani:simpati ngan cik/puan..mungkin bukan rezeki cik/puan tu..xpe la..peringatan utk yg lain..mgkn tinted tak sesuai pasang kat kedai tu..tapi bodykit boleh tahan la harganya...kl tinted..cer cari kedai kat stadium..diorg buat macam ok je...

Muhamad Azmani said...

jadi yg pernah pasang body kit kat situ xde masalah ke...mmg niat nak pasang body kit kat situ sbab murah sekali spoiler...tempat lain atas 1k+++

kitatauke said...

@Muhamad Azmani-nak kata semua org puas hati tu...ntah la...atas nasib..tapi harga kat kedai ni boleh tahan la..

bulat said...

ade no fon kedai tu tak???

kitatauke said...

xde la bro...resit kemana ntah ilang..terjah je..