Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Friday, November 16, 2012

Tukar Nombor Telefon Untuk Maybank2u

Zaman sekarang perbankan online sangat memudahkan semua orang. Penduduk di luar bandar mampu menyelesaikan urusan bank tanpa pergi ke bandar yang terletak berpuluh kilometer. Dengan capaian internet, dari talian streamyx TM sehingga ke jalur lebar mudah alih, semua telah menembusi ke kampung-kampung pendalaman.

Jarak rumah aku ke bandar terdekat adalah lebih kurang 60km. Dengan hanya mempunyai sebuah Pejabat Pos dan sebuat mesin ATM, ia menjadi tumpuan semua penduduk sekitar. Bagi aku yang boleh dikatakan sebagai celik ICT dikalangan orang kampung aku, kemudahan internet sangat-sangat menjadi keutamaan aku. Aku sendiri mempunyai 5 akaun perbankan yang aku boleh akses secara online. Tak perlu la pergi ke bandar untuk urusan bank.

Ok la. Dah melalut panjang sangat tu. Terus ke perkara pokok. Dulu pernah juga aku tukar nombor telefon. Ye la. Malas nak pakai banyak nombor. Bukan bisnessman pun. Tapi seingat aku, aku hanya pergi ke mesin ATM. Batalkan nombor telefon lama. Kemudian daftar nombor telefon yang baru. Mudah saja.

Tapi bila aku cuba daftar nombor telefon mak aku sebab mak aku baru buat akaun Maybank, aku tak berjaya nak daftar. Masuk nombor telefon di mesin ATM boleh. Bila cuba online, kata nombor telefon tak berjaya. Aku telefon la member yang kerja di Maybank. Rupa-rupanya pendaftaran nombor telefon bimbit sekarang hanya boleh dilakukan di kaunter Maybank. Atas faktor keselamatan katanya. Patut la aku cuba daftar nombor telefon mak aku gagal. Jadi pada siapa-siapa yang nak daftar@tukar nombor telefon bimbit, sila ke kaunter Maybank.

5 comments:

Fatin Diana said...

so kalau nak tukar number pegi ATM je lah?

kitatauke said...

Dianaa:setahu aku..g2 la...mmg kene daftar kat kaunter...kat atm mcm dia tak nak je...

Unknown said...

Just to update tahun ni, pertukaran telefon bimbit boleh di buat di machine ATM.

Unknown said...

cehh ingatkan boleh tukar no telefon kt dalam maybank2u nih.

kitatauke said...

tq...tukar nombor mgkn boleh kat atm..tp kl baru nak daftar..mmg kena g kaunter kan?