Friday, December 21, 2012

Tips Beli Laptop/Komputer

Aku bukanlah orang yang pandai sangat bab-bab lantop/komputer ni. Sebabnya penggunaan laptop/komputer aku lebih kepada penggunaan biasa. Bukan hardcore user. Sejak kakak aku beli komputer pertama sekitar tahun 1999/2000, aku cuba belajar serba sedikit tentang spesifikasi laptop/komputer ni.


Di bawah ni aku senaraikan apa yang selalu aku buat bila memilih sebuah laptop/komputer. Ini hanyalah menurut pengetahuan/pemahaman aku. Mungkin ada yang lagi otai bab komputer, lagi banyak listnya.

1. Bajet yang mampu dikeluarkan.
-- Pada aku, kalau anak orang kaya, duit memang tak habis-habis, no 1 ni boleh tolak tepi. Tapi sebaiknya, tetapkan bajet laptop ikut kemampuan. Jangan orang nak pakai yang nilai RM4k, kita pun nak. Hujung bulan, makan pasir.

2. Siapa yang nak guna.
-- Kalau anda seorang pereka grafik @ buat kartun Upin Ipin, logik la beli laptop yang berharga 4 5 riban. Sesuai dengan bidang tugas anda. Tapi kalau setakat yang nak guna tu masih bersekolah, cukup la sekadar laptop/komputer berharga bawah RM2k.

3. Processor - Intel @ AMD
 -- Apa yang aku tahu, Intel kurang panas berbanding AMD. Intel lebih kepada surfing manakala AMD lebih kepada gaming. Kalau spec yang sama, harga Intel lebih mahal sedikit berbanding AMD.

4. RAM - berapa kapasiti
-- Saat ni, kalau RAM berkapasiti 2gb rasa macam kecil sahaja. Dengan harga laptop/komputer sekarang yang boleh dikatakan murah, seeloknya ambil RAM yang berkapasiti 4gb dan ke atas.

5. HDD @ Hard Disk Drive.
-- Cari la yang sekurang-kurangnya 500gb. Bukan apa. Dengan cerita filem&movie kebanyakan dari kita simpan dalam HDD, rasanya 500gb tu kecil saja.

6. Grafik Kad
-- Kalau tujuan hanya nak buat kerja@surf internet, cukup sekadar laptop/komputer menggunakan intel graphics. Tapi andai kata memang hantu main game yang berat-berat, carilah laptop yang mempunyai Nvidia dan ATI grafik kad. Harga semestinya lebih mahal sedikit.

7. Jenama/Brand laptop/komputer.
-- Jenama memainkan peranan juga dalam memilih laptop/komputer. Carilah jenama yang sangat mesra pelanggan untuk servis lepas jualan. Juga jenama yang kurang rungutan dari pelanggan lain. Senang nak claim warranty.

8. Lain-lain
-- Aku sangat memerlukan bluetooth dan card reader dalam sesebuah laptop/komputer. Senang nak pindah gambar dari handphone dan juga kamera digital.

28 comments:

Kelana Cinta said...

Ada duit nak beli Alienware... :3

kitatauke said...

@Kelana Cinta tu jatuh kategori no 1..hahaha...

s h a said...

Tips yang sangat berguna ni.Tapi kalo da jatuh cinta kt satu brand je cmne?Mesti faktor lain ditolak tepi.Yang penting,ongkosnye kena cukupla. :)

atty's said...

gud info. tq

♡ Risha Lieza ♡ said...

Tips yg sgt bagus! baru tau nk pilih yg jenis cenna.. :)

Queen said...

sekarang tgh pikir mana nak cari power cable compaq den je.. dah selamat terbakor baru2 ni..ada nak jual seken bg tau le.. =p

kitatauke said...

@s h a-kl aku..bergantung pada keperluan..tp kl poket tebal..no hal...:)

kitatauke said...

@atty's-sekadar berkongsi..

kitatauke said...

@♡ Risha Lieza ♡-byk lagi sebenarnya..ni utk beginner je...

kitatauke said...

@Queen-loyat ade kot..hahaha..

Cik Que said...

wah..sangat berpengetahuan lah dalam soal2 ni..saye 1 ape pun x tau..cume pandai pkai je..hikhik..ape2 pn info ni sangat menarik..^_^

kak nora said...

lebih suka pakai komputer..

kitatauke said...

@Cik Que-buat2 pandai je ni...hahaha

kitatauke said...

@kak nora-memang best pakai komputer...nak mengamuk...senang...keyboard&mouse br rm20..hahahha

Misz Fazie said...

on the way nak beli laptop ni, thanks for the tips :D

kitatauke said...

@Misz Fazie-welkam..:)

Zahrenn said...

wah! tips yang menarik..tapi saya takpernah pun beli laptop :'(.guna laptop 1 Malaysia je hehehe

Nurmujahidah Ismail said...

salam. salu kalau nak beli laptop, muja tanya je kawan yang pakar,, kih3.. nak ajak join segmen review blog. hehe,, harap kalau sudi join k,,:D

www.mujadafewa.my/2012/12/segmen-meh-aku-review-blog-korang.html

kitatauke said...

@Zahrenn-untung la ada laptop 1malaysia..free kan??

kitatauke said...

@Nurmujahidah Ismail-ok..bz lagi skg ni...free nnt...akan join...:)

Pink Tulip said...

bagus juga ada tips sebegini..cik tulip memang plan nak beli 1 lappy baru tapi tengah dok pk lagi ni whether nak beli lappy or tab..haha

kitatauke said...

@Pink Tulip-kena tgk pada penggunaan...kl sentiasa keluar..tab la ok...tapi kl jarang keluar...mgkn bolh pertimbangkan ultrabook..

Gombug said...

Teknologi Android 'bertempur' bersama tentera: Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace... Baca selanjutnya

Pink Tulip said...

ultrabook tu memang smart tapi keadaan poketnyer yang tak berapa nak smart..hahahaha..takpe,sila cube lagi kumpul duit hingga berjaya *ayat sedapkan ati*

kitatauke said...

@Gombug-memang hebat diorg ni..tapi Allah Maha Hebat..

kitatauke said...

@Pink Tulip-berkenan dgn Dell Inspiron 14z..nipis la jugak...yg penting..bawah 2k..:)

Nur Azila said...

thanks info ni.. baru tahu pasal intel ni.. lepas ni kena cari nividia. maklumlah pereka grafik :)

Kita tau ke said...

@Nur Azilammg kene cari high end punye laptop la kl keje mereka grafik..