Sunday, January 6, 2013

Persamaan Malam Tahun Baru/Valentine/Merdeka

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Bagaimana dengan azam tahun ni? Dah ditetapkan atau belum? Harap azam tahun-tahun yang sudah tercapai la ye...:)

Ditangkap khalwat pada malam tahun baru

Rasanya ramai yang pernah tengok gambar di atas. Banyak keluar di suratkhabar dan juga TV. Sepasang tunang ditangkap pada malam tahun baru 2013. Situasi ni dah macam menjadi lumrah di negara kita. Adakah masih releven pepatah 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang'?

Dengan Kerajaan yang sangat memartabatkan Agama Islam, sepatutnya tindakan harus seiring dengan kata-kata. Kenapa perlunya hiburan yang tak henti-henti? Adakah generasi begini yang akan memimpin negara kelak? Cukuplah hiburan yang melampau-melampau untuk remaja kita. Adakah hiburan seperti malam tahun baru dijadikan sebagai makanan rohani untuk mendidik remaja?

Apa kaitan Malam Tahun Baru/Valentine/Merdeka? Rasanya pasangan di atas bukanlah satu-satunya pasangan yang kantoi pada malam tersebut. Dan bagaimana pula dengan yang tak kantoi? Jika dilihat 9 bulan selepas malam-malam di atas, banyaknya bayi-bayi yang akan dibuang.Itulah yang akan suratkhabar paparkan 9 bulan 10 hari dari tarikh malam-malam tersebut. Sebab itu wujudnya istilah Bayi Tahun Baru, Bayi Valentine dan juga Bayi Malam Merdeka.

Perkara ni bukanlah baru. Memang bukan salah satu pihak sahaja. Perlunya semua pihak memainkan peranan. Ibu bapa patut memantau anak-anak masing-masing. Jiran-jiran perlu menegur andai ada yang tak kena dengan anak-anak orang lain. Pihak berkuasa perlu menyediakan program yang berbentuk ilmiah kepada remaja supaya dapat membentuk jatidiri. Bukan dengan memberi hiburan yang melalaikan.

6 comments:

Syakir Rahman said...

betul tuh.. semua org perlu mainkan peranan penting...

Kita tau ke said...

@Syakir Rahman-masalah timbul bila masyarakat susah nak terima teguran org....

aTieYusof Family said...

benda2 mcm ni sllu terjadi kan skrg ni..mcm2...menakut kan pun ia.. kena awasi anak2 kita..

Kita tau ke said...

@aTieYusof Family-akhlak dah makin teruk...patutnya bykkan program rohani...bukan beri hiburan keterlaluan...

Kebahagiaan Hidupku said...

remaja sekarang boleh dikatakan suka berfantasi, mengidamkan cinta fantasi yg selalu dipaparkan di media-media...berangann-angan. mulalah ingin mencari pasangan..last-last terlanjur...

TV dan media bertanggungjawab ~ salah satunyalah.

Nauzubillah..
May Allah always guide us, amin.

Kita tau ke said...

@Kebahagiaan Hidupku-tv dan media..hurmm..byk sgt hiburan duniawi...