Antara Streamyx dan pakej jalur lebar dari penyedia perkhidmatan yang lain seperti Celcom/Maxis/Digi dan lain-lain, aku lebih suka menggunakan Streamyx. Perbezaan antara streamyx dan pakej jalur lebar mudah alih yang lan:
Kelebihan Streamyx
- Lebih stabil sebab menggunakan kabel. Tidak bergantung pada cuaca. Selamba je kecuali la ribut petir.
- Unlimited. Maksudnya kalau seisi rumah memang suka tengok Youtube, Streamyx lebih disarankan.
Kelebihan Jalur Lebar Mudah Alih.
- Dah nama pun mudah alih. Senang dibawa ke mana-mana bagi yang selalu outstation @ makan angin.
- Yang ni kelemahannya. Tak boleh selalu sangat tengok Youtube. Nanti kena block sebab dah sampai limit.
Tapi sejak akhir-akhir ni, Streamyx dah mula buat perangai. Bagi orang yang mengharapkan sampainya bil, baru boleh bayar, jerat Streamyx ni memang mengena. Aku antara salah seorang darinya. Bila sampai bil baru aku bayar. Tapi lepas kejadian 5 bulan lepas, bil Streamyx tak sampai, aku dikenakan caj sebanyak RM10 untuk penyambungan.
Sumber : Google
Bayangkan kalau memang kita mengharapkan bil sampai baru bayar. Kalau 10 orang, dah RM100 Streamyx sebat. Kalau 100/1000? Rasanya walaupun menggunakan perkhidmatan internet, masih ramai yang tidak pandai menggunakan perkhidmatan online. Tak reti la, tak berani la. Apa salahnya andai kata pihak Streamyx mengenakan syarat 3 bulan tiada pembayaran, baru sekat.
Dalam tak sedar, banyak pihak cuma menindas pengguna. Dari elektrik, air, siaran TV, telefon & internet, semua cuba nak menekan rakyat. Ni la gamaknya maksud sebenar Rakyat Didahulukan.
11 comments:
ermm... skrg ni mmg byk mcm tu..pelbagai hidden fee dikenakan..yang jadi mangsa nya kita lah..huhu.. lgi kesian klu org yg tak reti nak check bil on9..huhu..
rakyat didahulukan tu banyak maksud yang tersurat dan tersirat....tak tau lah kalau yang tersirat tu maksudnya duit rakyat didahulukan.... habiskan duit rakyat dahulu....hehehe
tu la psl, mmg cam tu..streamyx buat 1 bln, terus kene byr, kalau tak terus kene ptg..
tmbh2 bil lmbt smpai, kene ptg terus, yg ni mmg bengang..pd hal salah bil tu, lmbt smpai
trpakse pkai maybank2u la, byr awl bln wlaupn tak smpai bil lg
@aTieYusof Family-tu la pasal...ditipu dlm x sedar....
@dhinai adnan-nasib org kerdil mcm kita ni...
@Paly-kdg bil xsampai terus....tak patut la buat mcm tu...patut bg la 2/3 bulan...tak ke zalim mcm tu...
KN pakai wifi ..same la tu kan..anak yg msukkn n byr...b/band celcom pn ada gak..sbb ank2 pkai laptop..
@kak nora-kl jenis alert dgn bil2 semua ni xpe...takot tak berapa nak peka ni...untung sokmo la diorg...
dah 2 tahun jaa ghuna streamyx...alhamdulillah x penah berlaku lagi bila x sampai...mujur lah...
btw, blog anda telah berada di dalam bloglist jan-feb blog saya..
http://www.jaakechik.com/2013/01/bloglist-jan-feb-2013.html
@jaakechik-alhamdulillah..jaa masih bernasib baik..cuma kena hati2...ok..nnt sy lawat teman2 bloglist..tq...:)
Post a Comment