Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Sunday, November 18, 2012

Cari Driver Komputer/Laptop

Bermasalah nak cari driver komputer/laptop? Ya. Aku selalu berdepan masalah nak cari driver komputer/laptop. Bukan kerana aku ni punya komputer/laptop yang banyak. Cuma kadang-kadang budak kawasan rumah aku hantar laptop/komputer mereka kepada aku untuk dibaiki. Rosaknya macam-macam. Windows corrupt, virus dan macam-macam lagi.

Boleh juga kalau nak google. Cuma ambik masa la. Aku biasa guna perisian Driver Pack Solution dan Driver Genius. 2 perisian ni sangat-sangat membantu mencari driver komputer/laptop yang masih belum di'install'. Kalau kena dengan perkakasan komputer/laptop, semua driver akan terus di'install'. Kalau tidak, masih terdapat driver yang tidak di'install'. Jadi kena cari satu persatu driver mana yang masih belum lengkap.

Semalam aku berdepan dengan masalah wireless driver. Dah la netbook tu tak berjenama. Kalau jenama besar seperti HP atau Toshiba, terus je cari di website mereka. Hanya driver itu sahaja yang aku tak jumpa. Dah bermacam-macam wireless driver aku download dan install. Masih juga gagal.

Setelah hampir 2jam aku google (termasuk mandi+makan malam+6 7 wireless driver aku cuba), akhirnya bertemu juga caranya.


My Computer>>Klik Kanan>>Properties>>Device Manager>>Network Adapter>>Wireless Driver>>Klik Kanan>>Properties>Details>>Dalam kotak Device Description, pilih Hardware Ids

Lepas tu akan keluar macam dalam gambar di atas. Dalam contoh di atas ni, google VEN_14E4&DEV4315&CC. Google akan cari driver yang berpadanan.

Yang kat atas ini cuma contoh wireless driver sahaja. Anda boleh cuma cari driver yang masih tidak lengkap pada komputer/laptop masing-masing. Boleh guna cara di atas. Harap membantu.

4 comments:

Yaya Mohd said...

xbape nk paham....er.
sah2 yaya buta IT ...hehe.. ;p

kitatauke said...

Cik Yaya:haha..xpe..pelan2 kayuh..

Fariz Reza [FR] said...

herm........betul2........memang payah bile soal komputer nih...tapi kalo pandai handle sndiri memang jimat giler duit...

kitatauke said...

Fariz Reza [FR]:xpandai pun..google tolong..hahaha...