Aku pernah claim warantty untuk barangan Samsung. Handphone Galaxy S Advance yang aku beli secara online melalui Superbuy. Bukan handphone tu yang rosak sebenarnya. Hanya pengecas bateri yang aku cas untuk pertama kali dah kong. Tak sampai pun 4jam. Mulanya ingatkan memang smartphone Samsung begitu bila dah cas penuh. Lagipun aku mana pernah guna handphone canggih manggih ni. Untuk mengecas kali ke-2, indicator untuk pengecasan tu tak naik-naik. Pelik juga aku. Bila guna pengecas handphone kakak aku, elok saja. Maknanya pengecas aku la yang rosak.
Setelah pusing 2 kali di kawasan yang aku rasa terletaknya Pusat Servis Samsung Kuantan, akhirnya aku berjaya juga menjumpainya. Masuk dalam, kena ambil nombor. Rasa macam kat bank pula. Tiba giliran aku, aku serahkan pengecas telefon aku tersebut. Staff Samsung tersebut mengesahkan pengecas telefon aku tersebut memang rosak. Jadi dapatlah aku pengecas yang baru.
Dah 4 buah telefon yang aku beli secara online. Tapi aku akan pastikan telefon tersebut adalah original bukan ap. Di sinilah pentingnya sama ada telefon yang kita beli original atau ap. Aku duduk di Pahang dan telefon yang aku beli secara online, kedainya di KL. Kalau telefon tersebut adalah ap warranty, aku akan bermasalah untuk claim warranty. Disebabkan telefon aku adalah original Samsung, aku boleh claim warrantty Samsung di Kuantan.
Samsung menyediakan pemeriksaan warranty secara sms. Dengan hanya menghantar sms, kita boleh periksa bila tarikh tamat warantty barangan Samsung kita. Tapi dalam kes aku, barangan Samsung yang aku beli secara online, peniaga tersebut tidak mendaftarkan warantty telefon aku secara sms. Tapi masih tidak menjadi masalah kepada aku kerana dengan resit pembelian yang aku boleh cetak bila-bila masa, masih boleh diterima pakai oleh pihak Samsung.
0 comments:
Post a Comment