Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Thursday, November 22, 2012

Claim Insuran Cermin Kereta Pecah

Bagi kebanyakan orang, tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, kereta antara harta yang sangat disayangi. Lebih-lebih lagi memiliki kereta idaman dan baru keluar kedai. Orang kata, tak buka plastik lagi. Orang lelaki sangat menghabiskan ribuan ringgit untuk mekap kereta mereka.

Kejadian ni tak silap aku tahun 2010. Dalam bulan puasa. Keluar dari pejabat, aku pergi kat kereta. Terpandanglah cermin belakang yang retak seribu ni.


Kereta Perodua Viva je. Tapi bila dah kena macam ni, terus tak ada mood nak tengok kereta. Aku perasan yang tukang potong rumput baru lepas mesin rumput kat tempat aku parking. Rasanya batu melantun lalu kena ke cermin kereta aku.

Nasib aku baik kerana aku ambil insuran cermin dari AXA Affin Malaysia. Tak mahal pun. Cuma tambah RM90 untuk insuran cermin. Aku telefon AXA Affin Malaysia Cawangan Kuantan nak maklumkan permohonan tuntutan dan juga Pusat Servis Perodua Semambu, Kuantan untuk tempah cermin baru.

Berurusan dengan AXA Affin Malaysia dan juga Pusat Servis Perodua Semambu, Kuantan sangat menyenangkan memandangkan Pusat Servis Perodua adalah panel bagi kebanyakan syarikat insuran. Dah tetapkan hari nak tukar cermin baru, aku cuma bawa covernote insuran terkini yang menyatakan aku ada insurankan cermin aku. Lepas diperiksa oleh kakitangan perodua, sain borang dalam 2 3 keping, kakitangan Perodua kata tunggu dalam masa 3 jam. Ye la. Masa tu ramai orang di Perodua Semambu untuk servis kereta masing-masing. Tak sampai 3 jam, kereta aku siap.

Kos yang tertera pada bil adalah lebih kurang RM380. Tapi memandangkan insuran cermin aku cover sehingga RM750, jadi aku tak perlu keluarkan duit la. Ok la tu.

11 comments:

ayut said...

pecah ke..slmt insurance cover..setel problem :)

Unknown said...

arghh minta diselisih laa kereta mummy yang pecah..hehe..sayang keta sangat2..

kitatauke said...

ayut :tu la..nasib cermin viva ni murah je..

mummy aien:sedih woo..terus xde mood nak tgk kete...

Unknown said...

huhuhu.. nasib ade cover insurance.. saya punye kereta pon sampai skrg x berani nak kuarkan caj insurance untuk cermin.. biar lah bayar lebih sket.. janji kalo ade pape hal, ade yg tolong cover.. malang tak berbau kan~

Mila Ahmad said...

nak cek jugak lupalah ada amek cover cermin pecah ke tak ?

BTS said...

tu pentingnya insuran

Unknown said...

Salam perkenalan jom join Give Away dot my 10 domain bakal diberikan free.. Simple and easy give away :)

http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html

s h a said...

kereta sy kena pecah aritu.tapi x pasan insuran x cover.jadi melayang duit poket.memang recommended amek insuran cermin.

kitatauke said...

Nafira usof:betol..biar lah xclaim tiap tahun pun..janji diorg cover bile cermin kete kita pecah..

Mila Ahmad:tgk je cover note..

Arjuna Silvera :yup..sgt penting..

Khairul Zamri:mcm menarik...nnt aku godek2..

s h a:tgk covernote..xpun..col je syrkt insuran..

Unknown said...

salam.saya juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...tapi semakin lambat anda bertindak,semakin tinggi kos jika diambil pada umur yang lewat..saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

Unknown said...

Assalamu'alaikum semua,
Apa-apa pun kita kena ambil insuran islam (takaful) shj. Kalau tidak macam mana kita nak jawab depan ALLAH nanti. sekian, fikir2kan