Wednesday, November 21, 2012

Pembelian & Pembayaran Di Lelong.com.my

Kebanyakan pengguna internet mengenali Lelong.com.my bukan? Antara web shopping online  yang popular. Aku jarang membeli di Lelong.com.my sekarang ni. Nak kata pernah ditipu di Lelong.com.my mungkin juga. Tapi bukan banyak pun. Tak sampai RM100. Mungkin juga aku dah selesa dengan Superbuy.my. Untuk pengetahuan semua, Lelong.com.my ni adik abang dengan Superbuy.my. Contohnya macam ni. Pasaraya Jaya Jusco ada pasarayanya sendiri. Dan dalam masa yang sama, mereka juga menyewakan lot-lot kedai kepada peniaga lain. Begitulah juga dengan Lelong.com.my.

Cerita bab ditipu di Lelong.com.my, sebenarnya bukanlah aku kena tipu dengan pihak Lelong.com.my tapi oleh peniaga lain. Macam contoh Pasaraya Jaya Jusco tadi, peniaga yang sewa kedai di Pasaraya Jaya Jusco yang tipu. Aku beli headset berharga hampir RM 100. 3 hari kemudian barang tak sampai. Aku telefon penjual, penjual kata barang sesat sampai ke Terengganu. Dia kata akan hantar semua. Tapi sampai sekarang diam je.

Bermula dari kes nilah aku makin berhati-hati membeli barang di Lelong.com.my. Setelah aku study pasal cara nak beli barang di Lelong.com.my, aku menjumpai sesuatu iaitu Safetrade.


Safetrade ni adalah 1 pihak yang ditubuhkan oleh Lelong.com.my. Ia bertujuan menjamin barang yang dibeli dipos dan selamat sampai kepada pembeli sebelum penjual menerima bayaran. Senang cerita macam ni la. Kita sebagai pembeli berkenan dengan 1 barang. Kita deal dengan penjual untuk beli. Tapi kita nak gunakan khidmat Safetrade supaya tak kena tipu oleh penjual. Bila penjual juga bersetuju nak guna khidmat Safetrade, kita akan buat pembayaran kepada Safetrade. Safetrade akan maklumkan kepada penjual yang kita sudah jelaskan pembayaran dan meminta pembeli menghantar/pos barangan kepada kita. Sesudah dihantar/pos, penjual akan beritahu kita dan Safetrade bahawa barang telah dihantar/pos.

Bila kita sudah terima barang, kita mesti memaklumkan Safetrade bahawa barang telah selamat sampai. Dengan itu Safetrade akan melepaskan bayaran kepada penjual. Kalau kita tak maklumkan pun, Safetrade tetap akan melepaskan bayaran dalam masa 4 hari selepas penjual menghantar/pos barang.

Senang bukan? 2 2 pihak selamat. Tapi ada juga penjual di Lelong.com.my. Aku tak tahu lah kenapa. Yang aku tahu, aku mahukan keselamatan transaksi aku. Walaupun RM5 sekalipun, tetap duit aku. Aku takkan beli barangan dengan penjual yang tak mahu guna Safetrade demi keselamatan aku di Lelong.com.my.

Safetrade mengenakan caj bagi servis mereka. Iaitu sebanyak RM2@2% dari jumlah transaksi. Yang mana lebih tinggi. Aku tak kesah pun dengan servis caj tersebut andai barang selamat aku terima. Jangan dapat lesung batu sudah.

Bila bercakap tentang pembelian secara online ni, kena bersedia untuk kena tipu/barang tak dapat/dapat lesung batu...:)

6 comments:

zul said...

salam...maaf kalau saya menggangu...saya baru lagi dlm lelong.my...boleh tak saya mintak jasa aqwak ajar saya tentang pembayaran di lelong.my...saya ada 5 winning bid yg belom di bayar...saya emel ke penjual xde balasan...tolong saya...terima kasih...klu blh emel saya segera...

kitatauke said...

@zul
wslm..masa tiba kat option pembayaran tu..ade 2..samada terus ke seller atau ke safetrade..pilih safetrade utk selamat..tunggu seller setuju sama utk guna safetrade..baru buat bayaran..

amirul manutd said...

nak pilih kotak yg mana stu safetrade tu bro?? tolong saya

kitatauke said...

skg diorg pakai netpay...pilih seller yang accept netpay...netpay ni selamat...

Pregnancy Miracle said...

netpay pun penipu!! saya beli barang harga RM485, pastu buat pembayaran melalui netpay mengunakan mastercard saya, lepas tu saya dapat message ckap transaction failed please contact your back, saya pun check la dengan bank saya dan ternyata rm485 tu telah deterima oleh nepay dan netpay tak update bukti pembayaran dekat seller, saya try contact netpay tp tiada jawpan,,geram btol la dengan diorang ni, kaki penipu!!

kitatauke said...

baru beli fon dari directd di lelong.com.my...alhamdulillah dapat...mgkn seller turut kena pilih yg betul2 trusted..