Tuesday, November 20, 2012

Beli Barang Secara Online Di Superbuy.my

Entri ni aku tulis bukan untuk mempromosikan Superbuy.my. Jauh sekali mendapat apa-apa keuntungan dari pihak Superbuy.my. Sekadar untuk berkongsi antara laman web yang boleh diyakini dan dipercayai untuk membeli secara online. Mungkin terdapat individu yang mempunyai pengalaman yang tidak enak dengan Superbuy.my. Tapi kisah aku sebaliknya.


Aku mengenai Superbuy.my ketika diminta oleh kakak aku untuk mencarikan sebuah telefon bimbit. Biasanya aku akan mencari maklumat dahulu di internet sebelum mencadangkan apa-apa produk. Kebetulan pula masa itu aku sedang melakukan pembayaran secara online di Maybank2u.

Tiba-tiba terpandang iklan yang ada di web Maybank2u. Superbuy.my menawarkan Samsung Galaxy Ace pada harga RM699 termasuk kos penghantaran. Aku buka Lelong.com.my untuk mengetahui harga yang terendah bagi Samsung Galaxy Ace. Rata-rata paling rendah yang boleh didapati adalah RM750 di Lelong.com.my. Aku beranikan diri memesan telefon tersebut dari Superbuy.my. Beserta dengan tawakkal. Ye la. RM699 tu. Duit kakak aku pula. Tambah pula Maybank yang mengiklankan Superbuy.my di web mereka. Itu membuatkan aku bertambah yakin.

Seminggu lepas pembelian tersebut, telefon sampai ke rumah aku melalui posmen. Huhh. Lega rasanya. Dan bermula dari Samsung Galaxy Ace itulah, aku membeli lagi di Superbuy.my. Samsung Galaxy Wonder, Samsung Galaxy S Advance, Nokia 101 dan yang terakhir adalah Tp Link Wireless USB Adapter. Semuanya selamat sampai ke tangan aku.

Untuk semua barang yang aku beli, Tp Link Wireless USB Adapter paling lambat sampai. Jawapan yang diberikan pihak Superbuy.my adalah stock barang dari pembekal lambat mereka terima. Oleh sebab aku pernah berurusan dengan Superbuy.my dan semuanya berjalan baik, jadi aku tak menganggap Superbuy.my nak scam aku.

Bagi Zalora & Lazada pula, aku tiada pengalaman membeli dengan mereka. Sebab banyak juga kata-kata tak sedap tentang mereka ni. Jadi pada sesiapa yang nak membeli secara online, selidik betul-betul penjual/syarikat sebelum membeli.



10 comments:

jannah ekin said...

pernah sekali je beli barang melalui online...pastu takde dah..kalo xsilap beli jalapeno cheese...huhuhu

kitatauke said...

jannah ekin:berhantu kl dah gian beli online ni..

MéuzAngelo™ XXIII said...

pasal zalora tu aku ade byk dgr gak yg service dorang teruk.. aku kalau nak usya harga henset aku gi kat pricepanda.com.my je

kitatauke said...

MéuzAngelo™ XXIII:baru tau pasal pricepanda ni..tq tuan..

Intan Norhaida said...

x penah try beli brg2 mahal kat online...x berani lg..tgkle satu ari nnti :)

kitatauke said...

Intan Norhaida:kadang yang online lagi murah dr offline..tu yang beli..:)

Cikgu Norazimah said...

kalu ok, nk gak try beli kat sini..so far paling banyak beli barang dkt fabulousmom..cikgu azie follow sini sekali ler..hehe..jgn ler segan2 menjengah ke rumah cikgu

http://cekgunorazimah.blogspot.com/

NORBASHIRAH RAHMAT said...

nak beli gak kt superbuy..

kitatauke said...

@Cikgu Norazimah-in syaa Allah..ok kot..3/4 kali beli..alhamdulillah..dapat..

kitatauke said...

@NORBASHIRAH RAHMAT-cubalah..