Sebenarnya ni cerita minggu lepas. Sebab tak ada idea nak mengarang, hari ni baru aku post. Pening juga ya. Nak update blog setiap hari. Kalau setiap hari ada aktiviti yang berlainan tak apa la. Ni rutin yang sama saja. Idea nak mengarang pun tak datang. Sebabkan dah bosan sangat. Dengan internet kat ofis ni, laju siput lagi dari dia, aku teringat zaman-zaman keagungan bersembang di internet dulu.
Aku mula kenal internet sekitar tahun 1999. Masa tu memang kosong la bab komputer. Nak ON pun takut je kalau-kalau meletup komputer tu. Ikut kawan pergi cyber cafe. Tengok dia chat. Dari situ la aku mula kenal MIRC.
Zaman ni hanya MIRC yang sangat glamer. Dari matrik sampai la ke UiTM aku bersembang menggunakan MIRC ni. Tahu la jugak SOP, AOP, #channel. Zaman ni memang sembang tak nampak muka. Kenal lelaki@perempuan melalui nickname saja. Kalau menyamar tu, nasib la kena tipu. Mengayat awek kat MIRC pun boleh tahan juga. Dah jumpa 1 skill. Skill tu je la yang digunakan sentiasa. Hahaha.
Dah 4-5 tahun lepas, baru la keluar Yahoo Messenger (YM). Yang ni lagi syok sebab boleh hantar file & voice chat. Senang sikit nak berkenalan dengan aweks2. Hahaha. Teringat duduk menyewa dengan kawan-kawan masa belajar Ijazah. Sewa rumah 2 tingkat di Taman Berlian, Gombak. Bila dah ada streamyx kat rumah dan rumah 2 tingkat pula, yang bawah malas nak naik atas. Yang atas pula malas nak turun bawah. Call melalui YM saja. Hahaha. Punya la pemalas masing-masing. Lepas tu YM pula membolehkan video call dilakukan antara YM. Lagi la gila masing-masing. Siap pergi Low Yat semata-mata nak beli web cam. Hahaha.
Dan minggu lepas, bila tengah bosan-bosan di tempat kerja, kawan-kawan tak ada pula nak layan sembang, teringat pula chat room di YM. Saja nak jengok sebab dah lama tak masuk. Cari punya cari tak ada pula option untuk chat room di YM. Pelik. Puas belek-belek masih tak jumpa. Lagi pelik. Terfikir la nak google takut-takut YM buat option di tempat lain. Rupa-rupanya...
Terjumpa la 1 topik kat Forum Gempak.org yang chat room di YM telah ditutup oleh YM. Alasan yang diberikan banyak virus yang telah disebar oleh individu dalam chat room. Aku dulu pernah juga kena bom menerusi YM ni. Banyak kali juga la. Sampai hang komputer. Hahaha. Nak lagi haru. Siap ada komputer yang jahanam. Mungkin sebab tu alasan YM ditutup kot. Lagipun zaman sekarang orang lebih ke arah Facebook & Twitter. Tapi bagi aku, blog lagi syok...:P
21 comments:
teringat zaman muda remaja dulu ... hehehh
@yana aina-syok gak kl mirc je ade..yg lain semua xde..:)
eh dah takde ke chatroom ym??
elok jugak, kat situ byk spam, aweks n pakwes gila seks berlambak..haha
~dulu rajin jugak msuk yahoo chat utk berfoya-foya n berskandal :D
Lahhh dah tutp ke YM??
tak tau plak... huhu...
teringat dulu2 zaman gila YM..haha:D
@sara pedrosa-woww..berskandal tak tahan tuu..:)
@aTieYusof Family-ramai juga ye yang gila ym dl..hahahha....
Teringat zaman belajar dulu ^_^
hahaha... asl please.. wakakaka.. adehhh...
@Dunia Wilma-memori betul kan?boleh lagi chat ngan member dlm list..cuma chat room je xde..
@kongsi apa saja-hahaha...ayat keramat tu...
MIRC? teringt zmn2 dulu..hahaha
@hazwan hairymemori la bg sape2 yg penah main mirc...
anna x pernah ada mirc..huhuh
skali skala bukak lagi Mirc nih.. ayat plg rutin guna asl plz.. haha..
@blog-ketegaq-huhh..ni mesti masta mirc ni...
ak jumpa suami kt ym ler...seme knangn dh xde...fs pon xde gak dh
@dieyah-wah..tahniah..dl mirc ngan ym ramai org jujur...tak mcm skg..
lo0 ptut lew try cri y.m room dh xjmpe gak..tu yg go0gle..jmpe post nie..hehe MIRC..lme xgne..time skolh je gile MIRC..try bkak hri tu dh lpe cmne nk chat kt ctu..hahaha cmne eh?hehe
@camar rindu-mmg dah xde...sesekali nak jugak chat ngan org tak kenal...
MIRC la best... setup server sndri lgi best... buat coding bot DDOS org... wow mmg best
@ALL-INZ-SHOPS-zaman dl, itu je yg ade..trill sebab chat dgn org tak kenal/tak tgk muka..:)
Post a Comment