Aku pernah menulis tentang pelaburan emas yang aku ceburi. Rujuk sini dan sini.
Pada asalnya aku tak berminat dengan emas. Kenapa? Ya. Semua sedia maklum, lelaki islam diharamkan memakai emas. Jangankan keseluruhan kandungan emas, campuran emas dengan bahan lain pun tidak dibenarkan. Adalah pendapat kata suasa boleh. Ada kata tidak. Untuk elakkan kekeliruan, aku tolak terus. Tetapi lelaki diharuskan memakai cincin perak sebab Nabi junjungan kita ada memakai cincin perak. Jadi kalau pakai cincin perak, dah ikut sunnah Rasulullah. Dapat pahala dah.
Kenapa aku berubah hati sampai berminat nak simpan emas? Cuba kita tengak jadual kat bawah.
Tahun 2002 – 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar = RM 10080.00
Tahun 2003 – 1 Dinar =
RM 168.00, perlu 60 Dinar = RM 10080.00
Tahun 2004 – 1 Dinar =
RM 202.00, perlu 50 Dinar = RM 10100.00
Tahun 2005 – 1 Dinar =
RM 242.00, perlu 42 Dinar = RM 10164.00
Tahun 2006 – 1 Dinar =
RM 290.00, perlu 35 Dinar = RM 10150.00
Tahun 2007 – 1 Dinar =
RM 348.00, perlu 29 Dinar = RM 10092.00
Tahun 2008 – 1 Dinar =
RM 418.00, perlu 24 Dinar = RM 10032.00
Tahun 2009 – 1 Dinar =
RM 502.00, perlu 20 Dinar = RM 10040.00
Tahun 2010 – 1 Dinar =
RM 645.00, perlu 16 Dinar = RM 10320.00
Tahun 2011 – 1 Dinar =
RM 825.00, perlu 13 Dinar = RM 10725.00
Jadual kos menunaikan Haji guna dinar emas menurun setiap tahun ni yang telah diemel oleh Cikgu Nor Fazilah Abd Mohd telah membuka mata aku untuk mengenali emas. Logiknya ada di dalam jadual di atas. Kalau kita simpan duit kertas@fiat, jumlah wang kita keluarkan tidak bertambah@berkurang. Kosnya masih dalam lingkungan RM10k. Tetapi andai kita tukar wang@fiat tersebut kepada emas, bilangan dinar yang kita perlukan untuk menunaikan haji makin berkurang setiap tahun. Kenapa? Disebabkan harga emas menaik setiap tahun.
Dalam pencarian aku, produk pelaburan yang menguntungkan dan stabil antaranya hartanah & perumahan, pasaran saham dan juga emas. Menyebut tentang pelaburan hartanah & perumahan akan berkait dengan modal yang besar. Kalau tiada puluh-ratus ribu Ringgit Malaysia, memang kita hanya mampu tengok saja la. Pasaran saham juga ada risikonya. Ada turun naik ketara. Kalau kurang bernasib baik, saham menjunam, sampai boleh bunuh diri. Tapi kalau sebut beli emas, kita mampu & boleh beli walau dengan 1 gram sekalipun. Dan yang paling bestnya, emas kita miliki@simpan sendiri.
Dimana nak beli emas? Boleh dibeli di kedai emas macam biasa. Janji emas tersebut tulen. Selain itu boleh dibeli dari Syarikat Goldcrest Pavillion. Sebuah syarikat islam dan bumiputera. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Selama aku berurusan dan membeli emas dengan mereka, memang tiada masalah. Sangat profesional mereka ni. Boleh bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Sokonglah produk @ syarikat muslim. Dan sekarang aku dah daftar sebagai pengedar untuk Goldcrest Pavillion ni.
12 comments:
Wahhh! Emas. Abang saya pun kata, berniaga emas, dan memiliki emas menguntungkan. Sebab emas sekarang mahal harganya. Best nya da kerja pengedar emas. Takpe. Saya kecik lagi. Huuuhuu.
Miza Husin:kecik la sangat..hahah...org ppuan lagi best..beli boleh pakai..org laki xleh pakai...
Haha. Agak kecik la. Pakai emas berlebihan, bahaya. Lagi pun dalam Islam pun kata, tak baik pakai barang kemas berlebih lebihan. Fehh. *Ceramah ni. Orang laki jual je la. Hehe.
Miza Husin:dalam islam semua benda xboleh berlebihan..even makan pun,awalnya harus..bile berlebihan dah jadi haram pula..:)
ptt la pun abg yaya labur jgk utk emas dinar ni..yaya xphm pun..huhu
-xminat nak pkai emas ^,^-
Cik Yaya:pelaburan tu..xminat pakai xpe..janji minat simpan..:)
Hihi. Terima kasih untuk info nya. Sebab tau barang kemas tak baik dipakai berlebihan je. Tu saje. Rupanya banyak yang tak bole :)
@Miza Husin tu ustaz kabo la...kite ikot je org yang berilmu..:)
prnah terfikir nk beli emas buat pelaburan.. tp ongkosnya blum cukupp! huhuhu
patut la semua orang melabur emas.. anna pon nk melabur la...
@Miss Zahirah beli je yang murah2...emas terpakai pun boleh
@ANNA MARIANA jom simpan emas..org ppuan lagi untung..boleh pakai...lelaki tak boleh...
Post a Comment