Monday, December 10, 2012

Martabatkan Tulisan Jawi

Siapa pandai baca apa yang tertulis pada pen di bawah?



Walaupun sekadar sebatang pen, tetapi usaha kompeni yang mengeluarkan pen bertulisan jawi ni harus dipuji dan disokong. Sebab dahulu Tulisan Jawi ni melambangkan Orang Melayu. Kalau pergi ke Kelantan, banyak papan tanda besar di tepi jalan dan juga di premis kedai meletakkan Tulisan Jawi bersama Tulisan Rumi di premis mereka. Mungkin itu syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di sana.

Tetapi sekarang ni, ramai Orang Melayu sendiri tak tahu baca Tulisan Jawi. Sangat menyedihkan. Kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang sewajarnya supaya Tulisan Jawi tidak dipinggirkan. Anak buah aku sendiri tak pandai baca Tulisan Jawi ni. Sedihnya dengan budak-budak sekarang.

Zaman aku sekolah rendah dahulu, kebanyakan rakan-rakan tahu membaca Tulisan Jawi. Ya. Disebabkan pagi aku Sekolah Kebangsaan. Petang pula ke Sekolah Agama Rakyat. Budak sekolah sekarang dah tak ramai yang ke Sekolah Agama Rakyat. Hanya Sekolah Kebangsaan. Sepatutnya kerajaan mewajibkan Tulisan Jawi ni di Sekolah Kebangsaan juga.

Aku impikan Tulisan Jawi ni digunapakai di Mesin ATM. Kalau orang Cina ada tulisan bahasa cina di Mesin ATM, kita dah tak faham apa yang dia tekan. Kalau ada Tulisan Jawi, mesti orang lain pun tak dapat nak baca apa yang kita buat. :)

11 comments:

♥ Miss Hearty ♥ said...

betol.zaman sekarang tak ramai yang pandai baca tulisan jawi..

kitatauke said...

♥ Miss Hearty ♥:tu la..sedih...

Anne Nurain said...

"budayakan tulisan jawi" kan yg ada kat batang pen tu?? hihi..
martabatkan tulisan jawi ni kena mula dr tadika lg, pastu teruskan smpai ke tahap pndidikan yg plg tinggi.. klu boleh wajibkan terus.. hihi..

kitatauke said...

Anne Nurain:tepat sekali..huhu..sokong..sebab budak skg ramai yg xtau baca jawi..sedih..

Miss Zahirah said...

time skolah dlu klu ade pertandingan tulisan jawi msti join.. sma gk tulisan khat.. skrg bla tulis khat dh kekok plk..

Acik Riotaro said...

budayakan tulisan jawi..
kabur ckit..tol ke??

kitatauke said...

Miss Zahirah:same la...sbb dah bertahun tggl...masih ingat sket2...tapi byk yg dah lupa...

Acik Riotaro:tepat sekali..10 markah utk Acik Riotaro..:)

Cik Yaya said...

btul31 sokong jgk lau wat cmtu kan..brulah adil..hehe
Alhmdlih..dulu ada sekolh rendah agma jgk..jadi boleh baca tulisan jawi..
tp skrng ejaan tulisn jawi ade yg brubh,betmbh..boleh baca tp lau suh tulis mungkin lupa..huhu..

kitatauke said...

Cik Yaya:byk dah berubah...zaman dl lain..zaman skg lain..tp atleast masih mampu baca jawi...:)

hainom OKje said...

Betullah tauke...cadangab bagus tu ... Boleh masuk parlimen tulisan jawi ni boleh jadi tulisan rahsiakan...

kitatauke said...

hainom OKje:hahaha...org atas ni tau..nak ngan tak nak buat je...