Sunday, December 23, 2012

Video Gangnam Style PSY, Ramalan Nostradamus Dan Kiamat

Gangnam Style memang menyebabkan seluruh dunia demam dengannya. Dari kanak-kanak hinggalah ke orang tua, ramai yang mengetahui tarian kuda yang berasal dari Korea Selatan ni.  Sehinggakan banyak video klip yang dimuat naik di Youtube meniru aksi Penyanyi PSY ni.


Ketika menulis entri ini, jumlah penonton yang menonton Klip Video Gangnam Style oleh PSY adalah 1,023,937,560 dan terus meningkat. Ini adalah kali pertama klip video di Youtube telah ditonton lebih dari 1 Billion penonton. Sebelum ini, Klip Video Justin Bieber menerusi lagunya berjudul Baby adalah yang tertinggi ditonton lebih kurang 800juta penonton.

Apa pula kaitan Gangnam Style dengan Nostradamus? Siapa pula Nostradamus dan apa kaitannya dengan kiamat?



Nostradamus, (14 Disember 1503 – 2 Julai 1566) lahir sebagai Michel de Nostredame, merupakan pengarang ramalan yang paling terkenal di dunia. Beliau dikenali dengan hasil karya ciptaannya iaitu Les Propheties, yang mengandungi satu rangkap empat baris tidak berima dan 941 yang berima, yang dikumpulkan menjadi sembilan set 100 buah dan satu set 42 buah yang dipanggil 'Centuries' - Wikipedia.

Apa yang diramalkan oleh Nostradamus yang bersangkut paut dengan Gangnam Style?
>> “From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,Nostradamus, 1503.
(Terjemahan:“Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.”)

Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus.

Sesungguhnya ini semua adalah tahyul/dongeng semata-mata. Sebagai orang Islam yang berpegang pada Al-Quran & As Sunnah, kita tidak patut percaya kepada ramalan-ramalan menngarut seperti ini.

Kita semestinya berpegang teguh kepada Rukun Iman:
  1. Beriman Kepada Allah SWT
  2. Beriman Kepada Malaikat-Malaikat
  3. Beriman Kepada Rasul-Rasul
  4. Beriman Kepada Kitab-Kitab
  5. Beriman Kepada Hari Akhirat
  6. Beriman Kepada Qada' & Qadar.

Rujukan : http://www.orangmuo.com

10 comments:

Muttallif said...

Benar tu, kita kena sentiasa percaya dengan segala ajaran Allah swt dan Nabi Muhammad saw

kitatauke said...

@Muttallif- kejar agama..insya Allah..semua dapat...

♡ Risha Lieza ♡ said...

Gangnam Style tk best! Lieza tak minat langsung. Tapi tak tau lah kenapa jadi fenomena sampai dlm kelas english pun cikgu masukkan psl gangnam style. haihh. tak patut! :3

kitatauke said...

@♡ Risha Lieza ♡-bukan setakat cikgu..pembesar negara pun ada juga yang menari gangnam ni..tak caya..cer cari kat youtube..:)

ANNA MARIANA said...

ada pula kata gangnam style ni kalo dah cecah 1 billion yang tengok kat youtube akan kiamat.. ape daa diorang ni..

Miss Zahirah said...

meluat tgk gangnam style tu...
terkinja2 mcm org gile

kitatauke said...

@ANNA MARIANA-geng2 kuat tahyul...mcm toyol la perangai depa..:)

kitatauke said...

@Miss Zahirah-hahaha..masalahnya ramai org suka..dr budak kecik..sampai la pak menteri...

Myboiler said...

sudah menjadi ikutan seluruh dunia hebat gangnam style nie...

kitatauke said...

@Myboiler-hiburan memang manusia suka..:)