Sebelum melabur dalam Koperasi Permodalan Felda, pastikan memahami syarat-syarat/kelayakan yang ditetapkan sebelum melabur.
Antara syarat/kelayakan untuk menjadi anggota KPF adalah :
- peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak,
- koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah,
- kakitangan Felda, isteri dan anak-anak,
- koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta,
- warganegara Malaysia,
- telah mencapai umur lapan belas tahun,
- bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini,
- bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Cara/Langkah bagi memulakan pelaburan KPF
- Isi borang permohonan untuk mejadi anggota KPF. Borang keahlian boleh didapati di website KPF atau Klik Sini. Pilih Borang Anggota Baru(Individu).
- Setelah lengkap diisi, minta pengesahan dari Pejabat Felda masing-masing.
- Dapatkan wang pos bernilai RM 20 dan ditulis atas nama Koperasi Permodalan Felda Berhad. Poskan sekali dengan Borang Anggota Baru(Individu) yg telah lengkap diisi.
- Tunggu pengesahan dari KPF tentang permohonan keanggotaan. KPF akan menghantar surat pengesahan keanggotaan yang mana di dalam terdapat no ahli keanggotaan. Boleh juga menelefon KPF untuk mengesahkan sama ada mereka menerima surat permohonan keanggotaan dari pemohon.
- Setelah sah menjadi anggota KPF, boleh mula melabur. Pelaburan hanya boleh dilakukan di Maybank melalui kaunter sahaja. Borang penambahan pelaburan boleh didapati di Kaunter Maybank.
- Photostat salinan borang penambahan pelaburan tersebut. Pelabur simpan yang photostat manakala salinan asal hendaklah dipos ke KPF Kuala Lumpur.
- Jumlah maksimum yang dibenarkan adalah RM250,000 untuk 1 keluarga.
2 comments:
minta pendapat bro.
kalu saya nk wta full loan untuk kpf semata2.
1. adakah itu perkara yang bijak?
2. apew agaknya kesan dari perbuatan tue?
Sy s'org cucu felda b'umo 21 thn & b'mnt utk join kpf ni. Bleh ke sy join kpf ni? Cbb 1 of the terms is only ank n pneroka shje?
Post a Comment