Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Tuesday, February 26, 2013

iPmart:Antara Gedung Online Yang Boleh Dipercayai

Post sebelum ni aku ada cerita tentang pembelian pertama kali dibuat oleh aku di iPmart. Dan selepas 5 hari dari tarikh pembayaran barang tersebut, aku selamat terima Sony Xperia Go dengan jayanya.


Cuak juga aku sebenarnya. Ye la. Pertama kali aku beli barang di iPmart. Dengan nilai lebih kurang RM700 pula tu. Kalau la kena scam. Huhh. Tapi ini membuktikan bahawa adalah selamat untuk membeli barangan di iPmart.

Aku buat kronologi pembelian di iPmart kat bawah ni supaya kalau ada yang berminat nak beli barang di iPmart tahu situasi yang akan dihadapi bila membeli di situ nanti.

Hari Pertama (18/2/2013)
Aku pilih untuk melakukan transaksi pada hari Isnin. Kenapa? Sebab hari pertama bekerja. Jadi memang waktu kerja mereka dan harap mereka proses pada hari pertama dalam minggu tersebut. Kalau mereka pos dalam hari Rabu, barang tersebut akan sampai pada hari Jumaat. Tak perlu la bermalam hujung minggu di pejabat pos/courier. Pihak iPmart hanya mengesahkan pesanan barang dari aku walaupun pembayaran sudah dibuat. (Aku dah mula cuak)

Hari Kedua (19/2/2013)
Pihak iPmart mengesahkan pembayaran yang aku buat semalam. Walhal semalam pun sepatutnya mereka dah boleh sahkan pembayaran yang aku buat melalui Maybank2u. (Cuak kali kedua)

Hari Ketiga (20/2/2013)
Dapat panggilan dari pihak iPmart mengesahkan pembelian dan pembayaran dari aku. Katanya akan pos pada sebelah petang. Lega sebab pihak iPmart ada feedback. Tapi sampai ke malam tiada rekod menyatakan barang aku telah dipos. Lagi la cuak.

Hari Keempat (21/2/2013)
Dah dapat tracking number di web iPmart. Walaupun lega sebab ada tracking number tapi masih berdebar. Takut kalau handphone yang dibeli bertukar menjadi lesung batu.

Hari Kelima (22/2/2013)
Akhirnya barang aku selamat terima. Huhh. Lega. Dan dapat sama seperti yang terpapar di web iPmart.

Kesimpulannya adalah selamat untuk membeli di iPmart. Tips tambahan dari aku. Sebelum beli barang tersebut, boleh tanya customer servis iPmart sama ada barang yang hendak dibeli ada stock atau tidak. Kalau ready stock, boleh terus order. Kalau stock tiada, kena tunggu la pula.

25 comments:

Acik As said...

info yang bagus...tengah cari tablet android bagi project augmented reality..terima kasih

Unknown said...

brader. ipmart ni malaysia punya ke?
sesiapa pun cuak kalo bg duit byk2..hehe..pape pun thanks for sharing

kitatauke said...

@As Nordin-sama2..sekadar berkongsi..

kitatauke said...

@::MaEstrO aMaD::-ntah la..pos dr KL...kompeni base kat KL kot...

selipar putih said...

bleh try ni..takut jugak kalau nak belanja online takut kene tipu plak..

Queen said...

mana link iPmart tuh?.. nak juge cuci2 mata.hahaha

Unknown said...

wah dah sampai da barangnye ye...hehe...kite pon secara tak langsung ikut perkembangan pembelian kat iPmart tu...hehe

tirahzairi said...

thanks 4 info

kblinux.net said...

ipmart ok bro.. aku byk kali order,ship from china terutama. Latest bulan lepas angkat samsung galaxy y hello kitty RM339 (free delivery)..paling murah kat market (offline/online) hello kitty.

Sebut psl delivery (free/paid), mmg kena sabar terutama dari oversea kerana:

1)tempoh proses di kurier/post ofis
2)tempoh proses di kastam
3)tempoh proses naik flight

dah sampai malaysia

1)tempoh proses di klia (kastam etc)
2)pusat pengumpulan
3)proses hantar dlm malaysia
4)seterusnya bergantung pada alamat anda samada alamat rumah tu bandar @ luar bandar.

Aku punya order dari china,aliexpress.com pun masih x sampai2 lagi..track ntah masih sangkut kat mana2 sbb sesetengah barang dari oversea dah sampai malaysia baru update.sesetengah tu kat oversea lagi.

lagi satu utk online shopping ni aku pakai Tesco-RHB debit card sbb boleh direct top-up PayPal sbb nak shopping kat ebay..kalu ada balance skit2 boleh VISA shj.

Lagi satu aku pakai maybank debit kad sbb gaji aku ikut maybank.Maybank ni aku guna VISA sbb aliexpress.com tak guna paypal.. buang masa shj nak cucuk maybank then topup RHB utk guna VISA.Tetapi keluar paper bermula 2/5/2013 ONLINE interbank charge hanya RM0.10 shj (skrg RM2).berita baik utk aku sbb dah tak yah cucuk maybank then jalan kaki topup rhb-paypal.

ipmart yg page ship from malaysia adalah ready stock mcm hanset etc. aku skrg tgh tunggu nak order asha 310 kat ipmart..waranty ipmart.kenapa aku beli waranty ipmart sbb hanset/laptop yg rosak x sampai setahun adalah kerana cara penggunaan oleh pemilik sendiri, bkn kerana brand@harga.

why nokia.. sbb x pakai hanset selain nokia.lagipun firmware & software yg nokia service center pakai boleh download internet..opss hello kitty tu utk tunang aku.galaxy y biasa student aku pun aku dah flash jadik version kitty.

* utk newbie online shopping, nak mudahkan anda..sila daftar paypal/ebay malaysia.

kitatauke said...

@selipar putih-ni berani2 takot namanya..hahha

kitatauke said...

@Queen-www.ipmart.com.my

kitatauke said...

@Sha Nissa-kongsi ape yang mampu..:)

kitatauke said...

@tirahzairi-welkam..:)

kitatauke said...

@kblinux.net-wahh..lagi advance..tq 4 da info..belum penah try beli brg dr obersi..in syaa Allah...1 hari nanti..

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

menariknya beli by online. Sy sehingga kini tak berani lg

kitatauke said...

@Ieta Mat Saad-kadang lebih murah beli online..kena rajin survey..in syaa allah..selamat..

Unknown said...

kalau dhGate ok tak? Saye baru berjinak2 nak beli online nie. pastu mane lg selamat utk buat payment? tak bley ker klau beli bebyk kiter guner kan letter of credit jer? saye cuak gak nie baru first time nak beli memacam pk..kang free2 plak dpt lesung batu from china. mintak tlg sifu2 online share pengalaman dan tips sedikit. Jazakallah fil khair ;)

Sha said...

iPmart...? jual brg berteknology je ke? murah2 ke? kualiti ok ke bro?

kitatauke said...

jual barang komputer&gajet...harga boleh tahan la...kadang murah dr kedai...contoh samsung..kl warranty dr samsung..tu ori..kl warranty dr ipmart..tu ap set...

Unknown said...

brg dhantar smpi ke pintu rumah ke?

kitatauke said...

barang dihantar melalui pos..boleh pilih..nak guna pos laju/gdex etc..

Uyaimee said...

beli phone dpt skli charger,headphone ke ?

kitatauke said...

biasa fullset....dapat serupa macam beli kat kedai..

Anonymous said...

Saya pun baru beli alcatel idol x+ dari ipmart. Memang sure dapat barang yg dbeli dgn selamat.

kitatauke said...

harap dpt bantu pada sape2 yg nak beli online...