Wednesday, February 20, 2013

Membeli Barang di iPmart

Sebelum ni, aku pernah membeli barangan di Superbuy.my. Dan ternyata Superbuy.my memang boleh dipercayai kerana barangan yang aku beli telah selamat aku terima. Boleh rujuk post aku yang sebelum ni.

Dan kali ini aku mencuba nasib pula membeli barangan di iPmart. Jujurnya memang aku tak pernah membeli apa-apa barangan di iPmart. Dan sebelum aku membeli barangan secara online, aku akan google dahalu kalau-kalau terdapat mereka-mereka yang mempunyai pengalaman yang buruk dengan iPmart. Namun 10 pages pertama di google aku tak jumpa apa-apa yang pelik@buruk tentang iPmart. Oleh itu aku meneruskan niat untuk shopping di iPmart.

Kenapa pula beli di iPmart? Kenapa tidak beli sahaja di Superbuy yang memang aku dah ada pengalaman membeli di sana?

1-setelah aku google, tiada feedback yang negatif tentang iPmart.
2-barang yang aku nak beli ni, murah di iPmart.

Aku nak beli Sony Xperia Go. Jadi aku bandingkan harga di 2 web tersebut.

iPmart

Superbuy

Banyak juga beza harga antara kedua -dua web ni. Ini la untungnya membeli belah secara online. Hanya duduk di atas kerusi, mengadap komputer serta boleh bandingkan harga dengan pantas. Aku telahpun memesan Sony Xperia Go ni kelmarin. Harap ia akan sampai ke tangan aku tanpa ada masalah.


23 comments:

yana aina said...

kalau beli brg mahal yana lebih suka belek depan mata..puas hati. tapi ikut masing2 ler kan ^^

jom join GA yana : http://www.nazlyizan.my/2013/02/giveaway-gempak-bersama-nazlyizan.html

kitatauke said...

@yana aina-dah belek2 kat kedai biasa...berkenan..tang rege je tak berkenan..beli online..murah sket..:)

Irwan Alessa said...

Tak pernah beli online 100%, maksud aku tak la post, aku akan pergi ke location dia.. aku selalu beli kat mudah..

kitatauke said...

@Irwan Alessa-mmg seeloknya cod..terjamin..pos2 ni..mmg ade risiko..

Secret Of Shaila said...

tidak bahaya ke beli secara online terutama gajet..

Lady said...

oww, xpernah pulak dengar dua2 tuh, oh sadis. tapi blh percya ke online nih?

Ieta Mat Sa'ad said...

Teringin juga membeli belah on9 tapi tak de keberanian lagi. Saya blogwalking pagi hari ni. Jemput sertai segmen sy ni
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/02/segmen-komen-cadang-blog-ieta.html

ANNA MARIANA said...

kalo lebih dari 50rgt anna x berani nak on9..hihii

kitatauke said...

@Secret Of Shaila-kl kene scam...bahaya la kot..:)

kitatauke said...

@Lady-superbuy mmg pernah beli..ipmart ni, br pertama kali...

kitatauke said...

@Ieta Mat Sa'ad-kena cuba..baru tau..

kitatauke said...

@ANNA MARIANA-hahha...kena try n error...:)

Sha Nissa said...

wah berbeza betul harga yg ditawarkan..so far cik tulip tak pernah lagi beli gadget online sebab takut tak puas hati.huhu..tapi tak salah sesekali mencuba kan??

kitatauke said...

@Sha Nissa-hahaha..kene cuba..kl x..xtau..kan?

Ieta Mat Saad said...

ada gak kedai yg online n beli direct sm je hrganya. tp bagus gak tips membeli belah on9 dlm entri ni just duduk n klik. nak gak cuba 1 day nnt coz tak pernah lg cuba

kitatauke said...

@Ieta Mat Saad-kl sama harga..baik beli kat kedai...lebih selamat..takot woo kena scam..

kentang said...

mcm mne nk buat pembayaran?

kitatauke said...

@kentang-boleh guna cimbclicks@maybank2u..

Nur Zawatil Isqi said...

Assalamualaikum,mcm mna?puas hati xdgn ipmart?sy berniat nk beli online dn ipmart..mohon pencerahan...sekian tq

kitatauke said...

Nur Zawatil Isqi:wslm..sama je mcm beli kat kedai...cuma pilih la warranty ori kilang dr ap set...tu pun kl harga murah dr kedai..kl sama, elok beli kat kedai terus...

Nur Zawatil Isqi said...

Terima kasih

noren said said...

nak tanye..kalau beli handphone lengkap tak dengan pengecas,earphone dll?n barang die ori ke?

kitatauke said...

Nur Zawatil Isqi:sama2...noren said:fon kat ipmart ada 2 kategori..warranty dr ipmart dan ori sme(cnth samsung)..kl dr ipmart..tu ap set...kl ori sme tu..mmg dari sme la...brg sama je mcm kita beli kat kedai...full set...