Thursday, January 10, 2013

Pengalaman Kredit Handphone Dirompak

Anda pernah bermasalah kredit prepaid/postpaid anda dirompak?

Aku sekarang berdepan dengan masalah ni. Bukan tak pernah kena dulu. Dan ramai kawan-kawan yang kena rompak macam ni. Tapi untuk kesekian kalinya, aku terkena jua. Mungkin ujian untuk aku.


SMS malaun pertama yang aku terima. Bertarikh 26/12/2012. Seingat aku, memang aku tak register apa-apa melalui handphone atau komputer. Disebabkan aku tahu yang aku tak register apa-apa, aku abaikan SMS ni. Dan seingat aku juga, kredit aku berkurang RM3 pada tarikh ni. Memang malaun betul.


SMS malaun kedua yang aku terima. Aku tetap abaikan sebab memang aku tak daftar apa-apa dengan mangkuk ayun DF ni. SMS bertarikh 6/1/2013. Rasanya masa ni kredit aku berkurang RM2 disebat oleh malaun ni.


Dan yang paling aku hangin pada hari ni, kredit aku ghaib lagi RM3. Yang ni memang aku tak puas hati sangat. Sebab petang tadi aku check kredit. Dan malam ni ghaib lagi RM3. Nak lagi best, transaksi penggunaan aku di portal Celcom tak ada pula menyatakan kredit aku ghaib sebab apa.

Nasib baik aku masih simpan nombor penghantar tu. Boleh la aku request stop. Mungkin dalam kes aku, senang sebab aku tahu nombor penghantar. Bagaimana pula dengan pengguna yang terus padam SMS tersebut?

Aku dah pun hantar STOP DF ke nombor tu. Aku nak tunggu dalam 2/3 hari. Kalau kredit aku ghaib lagi, aku nak report ke CFM. Nak dengar juga apa penjelasan syarikat telekomunikasi. Bukan aku orang pertama yang kena macam ni. Takkan nak terus rompak kita semua.

Bermasalah dengan syarikat telekomunikasi? Nak tahu kat mana nak mengadu? Baca sini.

33 comments:

aQu Mad said...

kredit pon kena rompak.. adehh, patutla kaya..

normi nieza said...

nasib kita sama..jgn lupa baca entry sy..:)

aTieYusof Family said...

Hubby sy sllu kena mcm ni..hari tu Maxis..dah buat report kt pusat Maxis pun still tak jalan..still kredit sllu hilang.. last2 stop terus guna no tu..tkar no lain...huhu:(

Gombug said...

Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Baca selanjutnya...

kitatauke said...

@aQu Mad-kita yg miskin....:(

kitatauke said...

@normi nieza-insya Allah..

kitatauke said...

@aTieYusof Family-tu pilihan terakhir...kl telan lagi..cari no baru la jawapnya...

kitatauke said...

@Gombug-menarik tu...

Sop Nama Saya said...

masa mula2 sampai sms tu dah kena stop..
baik buat laporan kerana tidak mena2 kena ambil duit
bayangkan kalau 10k x RM3.. berapa byk syarikat tu dapat?

kitatauke said...

@Sop Nama Sayaxtau..sbb mmg tak register ape2 pun..badigol betol..

Nadratul Syazwana said...

Sekarang dah berhijrah ke celcom ^^

Cik Que said...

cik Que pn cmtu gak..tambahan lagi mase tu mmg kedekut giler la ngn krdt..dsbkn takmo krdt hilang cmtu je..terus col 1111 tanye psl krdt kene rembat..setakat ni bila je col diorang mslh cm ni dpt selesai..

zila manaf said...

mmg sakettt hati lah kalo mcm ni kan...pernah dah kena weyyyy ;(

Miss Zahirah said...

prnh2!
ade msuk msh third party nk dkt 10msg..skli kna trik rm60..
mmg kna marah la maxis tu.. hahaha
pdn muka!

Amilyn Zanal said...

Mak aku selalu kena jugak,haritu telefon celcom customer service minta dia tlg stopkan.Kalau tak asik top up dia tolak RM 2.50.Celcom dh ambil tindakan stopkan.Alhamdulilah dh tak kena lagi.

Secret Of Shaila said...

sekarang macam tektik...terutama yang pakai internet melalui phone..lglah...to up 50...leh abis dalam masa satu hari..

kitatauke said...

@Nadratul Syazwana-sini..celcom paling ok antara yg lain..jimat pun jimat...

kitatauke said...

@Cik Que-malas nak layan sms g2..xtau plak terkena lagi...

kitatauke said...

@zila manaf-mmg hangin 1 badan la...sedap2 je sebat duit org...

kitatauke said...

@Miss Zahirah-perghh...60hengget tu...topup utk 2 bulan tu...

kitatauke said...

@Amilyn Zanal-patut diorg la alert...bukan sorg dua yang kene rasenya...

kitatauke said...

@Secret Of Shaila-huhhh..nasib baik tepon ayam je...tapi terkena jugak...

s h a said...

Sha pon pnah kena.Sampai tuka nomborla.

Miss Zahirah said...

call center mntk dorg block sume msg 3rd party sbb dri stu dorg charge kta w/out our permission...

Ieta Mat Sa'ad said...

Sy pun prnh kena rompak kredit mcmtu juga gayanya. Habis prepaid sy. Huhu... Tp yg tu sy klik nama org yg singgah kat shoutbox sy, than kluar mcm2 contest yg perlu sy jwb pelbagai soalan utk mndptkn hadiah yg diiklankan. Mulanya best la kan, sbb hadiah2nya lumayan... sbb tu la sy jwb soalan2 tu. than bl dia suruh msj ke handphone, brmulalah prepaid sy dirompak scr terhormatnya... Sy simpulkan, tak yah la msj ke handphone kalo dr lmn web yg suruh. Akan jadilah hilang prepaid... huhuhu...

kitatauke said...

@s h a-sedihnya..mmg beli no baru murah...cuma malas nak bgtau sorg2..leceh..

kitatauke said...

@Miss Zahirah-nasib dia bgtau mcm mn nak stop...ade yg lagi sadis..centre pun xleh nak tolong...mmg beli no baru la jawapnya...

kitatauke said...

@Ieta Mat Sa'ad-kesiannya...peringatan jugak yg belom terkena lagi...memang suka2 je ngepaw kredit org...

::aMaD:: said...

memang.sekarang ni bk sgt makan rasuah dan kerja nak kaa cepat tak jujur. ni baru kes sarikat telokomunikasi, belum bank lagi. aritu 1 mggu je lepas aku buat kredit kad kat mabank, terus ada orang call itu ini..semua mintak no 3 digit belakang kad. jgn bagi!!sangat bahaya!!

eme liena said...

pergghhh, tak pernah terkena lagi. kalau terkena mesti hangin. perghh !

Maria Menado~ said...

oh, macam tu ada.. kdg2 ingat celcom yg hantar.. tpi kalo celcom hntar dia tanya dulu and tak tolak kredit dulu.

BbBahaya bahaya ni..

cikpinky said...

penah kena..maxis ng celcom....haha.kalau celcom, call operator dia free kan? kalo maxis x.

Norman Soo said...

CFM adalah saluran yang terbaik utk kita laporkan. Tapi utk melawan syarikat2 komunikasi mega macam ni, agak kelihatan sia2.

Sy sendiri punyai kawan yang bekeje sbgai operator pelanggan. Die maklumkan pada sy, memang ade persekongkolan. tapi tidak berape
jelas utk beliau sahihkan. Cuma yang direspon ialah 3rd party.

Utk relevankan dengan entri saudara, kredit sy pernah berulang kali ditolak dengan si 3rd party ni, Bila hubungi operator, langkah bestari yang diberi ialah hanya berhentikan langganan(walhal sy tidak penah melanggan apa2 pun. aptah lagi, bukan mmenggunakan phone pintar!!)

"bayangkan kalau 10k x RM3.. berapa byk syarikat tu dapat?" Sy tertarik dngan komen ini. Sebab dengan berhentikan penolakan kredit saja tidak cukup. Sy percaya skarang ramai yang sedang dibaham dngan helah syrikat2 komunikasi ni.