Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Thursday, October 25, 2012

Hukum makan belangkas?

Ramai di antara kita rasanya masih belum mengenali makhluk laut bernama belangkas ni. Ramai yang bertemu depan mata. Tak kurang juga yang hanya pernah lihat melalui kaca tv ataupun internet.


Belangkas biasa didapati di tepi pantai. Juga selalunya kita akan berjumpa dengan belangkas ni berdua-duaan. Maksudnya jantan dan betina berkepit. Sebab tu wujud perumpamaan orang-orang tua.."macam belangkas". Sebab memang sifat belangkas ni berkepit jantan dan betina.

Aku sejak dari kecil memang biasa makan belangkas. Disebabkan rumah mak sedara aku berhampiran pantai, memang senang nak dapat belangkas ni. Tu cerita 20 tahun dulu. Sebelum harga belangkas mencanak-canak sekarang ni. Dulu orang was-was nak makan. Antara halal atau tak. Disebabkan kononya belangkas ni boleh hidup 2 alam.

Sebenarnya tidak. Belangkas tak boleh hidup di darat lama. Belangkas memang mampu hidup di darat. Cuma tidak setangkas di air. Lihat pandangan ustaz tersohor di negara kita tentang belangkas.


Harga belangkas mula melonjak naik disebabkan permintaan yang makin meningkat untuk darahnya. Zaman aku dulu-dulu, orang hanya makan saja belangkas ni. Ada pendapat mengatakan darah belangkas mampu mengubati pelbagai penyakit. Sampaikan orang putih pun berlumba-lumba nak kan darah belangkas ni. Darah belangkas dikatakan berwarna biru. Lebih krang macam darak ketam. Tapi aku sendiri tak pernah tengok darah belangkas ni.


6 comments:

ibnuismaini said...

Baru saya tahu darahnya biru. tQ

kitatauke said...

aku pun hari ni baru tahu...kehkeh..

ibnuismaini said...

Masa makan dulu tu tak kuar lak darah biru dia?

Unknown said...

sedap ke belangkas ni?

kitatauke said...

Ibnuismaini Ismail:hahah..ni pun 1st time tgk darah belangkas..
fadz:sedap..macam ketam..

Puan Siti said...

owh cmni upenya belangkas...hehhehehe

5 Cara Jaga Kesihatan Dengan Lifebuoy