Tuesday, October 30, 2012

Masukkan dividen KPF (Koperasi Permodalan Felda) terus ke akaun pencarum

Aku pernah buka entri pasal KPF dulu. Klik Sini. Jadi lanjutan dari cerita aku tu. Rupanya sangat senang untuk membuat permohonan memasukkan dividen KPF terus ke akaun bank kita. Dalam kes aku ni, aku buat terus ke akaun maybank. Ye la. Senang nak buat. Tambahan pula semua urusan KPF melalui maybank.

Apa yang aku buat adalah membuka website KPF. Seterusnya cari no telefon untuk terus berhubung dengan pejabat KPF. Aku nyatakan tujuan aku telefon adalah untuk tanya bagaimana nak buat permohonan memasukkan dividen KPF terus ke akaun maybank. Kerani pun minta la nama penuh, no kad pengenalan dan juga no akaun maybank. Tu je.

Biasanya dividen KPF ni masuk 2 kali setahun. Yang pertama awal bulan 6 tak silap aku. Yang ke-2 tak ingat. Aku buat ni tahun lepas. Pertengahan tahun baru ni, check balance maybank mak aku ade sejumlah duit masuk yang aku tak tau dari mana. Sebab aku yang monitor akaun maybank mak aku. Rupa-rupanya dividen KPF dah masuk terus ke akaun. Senang la kerja aku lepas ni.

Biasanya kalau kita tak buat permohonan masukkan dividen KPF terus ke akaun maybank kita, pembayaran dividen akan dibuat melalui Pejabat Felda masing-masing. Masalah akan timbul bila senarai nama yang dikeluarkan, font nya sangat kecil. Dah la kebanyakan generasi pertama Felda banyak yang dah rabun mata. Tambahan pula kalau yang anak-anak tiada kat rumah. Jadi ini la cara yang bagus supaya tak bersesak-sesak dengan orang ramai.


6 comments:

Muhamad Azmi Bin Ali said...

......rasanya tuan, dah dah boleh menuai dividen bulan Jun 2013 terus ke akaun maybank insyallah

kitatauke said...

@Muhamad Azmi Bin Ali-blom ada lagi rasanya..kan..

kela said...

Dividen kpf dah masuk ke...tadi ada duit dlm bank tak tahu dr mana. Dia tulis dividen je

kela said...

Mcm dah ada

mohamadnoor hjtasmin said...

Berapa nombor yg nak call tu tuan...nak wat juga la

kitatauke said...

mohamadnoor hjtasmin:buka web kpf...col je nombor office dia...kata nak masukkan dividen terus ke akaun..