Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Wednesday, October 24, 2012

Racun rumput sambau

Bagi petani/pekebun memang kenal akan rumput sambau ni..rumput ni sangat degil untuk dimusnahkan..Biasanya rumput ni tumbuh bebas di depan rumah..buat semak je..


Sebenarnya sudah puas aku mencari racun rumput yang sesuai untuk rumput ni. Sebab kalau dibiarkan rumput ni akan tumbuh dengan banyaknya di hadapan rumah. Akhirnya berjaya juga aku ketemu racun yang sesuai untuk rumput ni.


Ni la racun yang aku gunakan..kena campur 2 jenis racun ni baru berkesan. 1 nama Nasa Glyphosate, 1 lagi nama Zagro apa ntah. Sejak aku guna 2 jenis racun ni..memang berkesan la..memang habis mati rumput sambau depan rumah aku. Aku biasa meracun 2 bulan sekali untuk mengawal rumput sambau ni dari merebat.

Sebenarnya rumput sambau ni ada kegunaannya. Walaupun nampak macam tak berguna je rumput ni..tapi kalau di'google', rumput ni boleh dijadikan ubat pelawas kencing/juga mampu merawat barah. Cuba google. 

Pada pendapat aku juga, rumput ni sepatutnya banyak kegunaan kerana kalau racun-racun biasa je..rumput ni tak akan mati. Ni menunjukkan katahanan dan keupayaan rumput sambau ni dari racun. Harap ada la pihak-pihak dapat melakukan ujikaji berkenaan rumput sambau ni. Sesungguhnya Tuhan tidak menciptakan sesuatu makhluk-Nya dengan sia-sia.

1 comments:

Afiq Ariffin said...

Racun zagro yang tuan maksudkan tu adalah:

Fezpax 500 Flowable
-bahan aktif dia matryn
-syarikat pendaftar: Zagro Chemicals Sdn. Bhd.

http://enviro.doe.gov.my/lib/digital/1399350336-akta%20racun%20perosak.pdf

Betul tak tuan?

Saya cuba cari maklumat ni berdasarkan gambar tuan bagi tu.