Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Monday, November 12, 2012

Bagaimana Nak Tingkatkan Trafik Blog

Ini bukanlah tips-tips yang nak aku kongsikan bagaimana nak tingkatkan trafik blog. Entri ni disebabkan aku tak tahu macam mana nak tingkatkan trafik blog aku.

Oleh kerana aku sendiri tak tahu bagaimana nak tingkatkan trafik blog aku, maka dengan mudahnya aku google search la. Apa lagi. Dan web teratas yang keluar lepas taip bagaimana nak tingkatkan trafik blog, web DenaiHati yang berada paling atas. Dia kongsi 15 cara nak tingkatkan trafik blog.

Belum sempat membaca sampai habis tips yang ke 15, aku dah tak tahu yang mana 1 nak mula. Sebabnya aku rasa kesemua tips yang diberikan oleh  DenaiHati belum aku buat walau 1 pun. Mungkin ada la dalam 1 2 tips yang dah buat tapi rasanya nak follow bloggger-blogger otai ni, memang sesak nafas aku dulu la.

Tips untuk newbies macam aku ni yang disyorkan untuk permulaan adalah blogwalking, jadi follower, tinggalkan komen di entri dan juga shoutbox. Tips ni aku dah try memang menjadi. Walaupun aku newbie, boleh tahan juga follower aku. Cumanya, bila sehari aku tak mengadap blog, trafik aku akan menjunam. Jadinya aku kena usaha cara lain supaya trafik aku sentiasa ada walaupun aku bercuti dari mengadap blog.

Jujurnya memang sangat banyak tips yang dikongsi oleh blogger tentang bagaimana nak tingkatkan trafik blog. Cuma bila dah terlalu banyak tips tersebut, aku jadi tak tahu nak mula yang mana dulu. Jadi aku dah tetapkan untuk mengadap web DenaiHati sebagai rujukan aku untuk aku melaksana misi aku iaitu bagaimana nak tingkatkan trafik blog. Insya Allah projek aku ni akan bermula esok. Tu pu kalau tiada aral melintang.

p/s:nak komen kat entri DenaiHati pun terkial-kial aku. Memang takde ilmu betul aku ni dalam blogging.

13 comments:

jeely jelly said...

sama lah ! sehari tak ngadap blog, confirm trafik menjunam. ciss -.-

kitatauke said...

jeely jelly:tu la...macam mana nak buat agar trafik lekat sokmo..kering idea dah..

Hana said...

hana yangd ah lama ni pun masih blur2 lagi..haha

Acik As said...

salam, kalau nak tingkatkan trafik mungkin kita kena tengok keyword yang tengah popular, contoh durian crepes ker =p letak kat lebel juga..sangat menjadi

kitatauke said...

Hnahdy:be ade..tapi sedih la...:)
As Nordin:label pun letak durian crepes jugak ke utk contoh tu??

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

hehe...lg2 durian creepe...buat sy terliog ja... haish... ni sambil ngadap PC & BW, sambil2an gak wat assignment. Lm2, assignment ntah bl nk siap, bw n follow blog org je yg lebih. ha3...

kitatauke said...

Ieta Mat Sa'ad:hahaha...dah ngadap internet...kopi pes sudah..hahah..jgn lupe letak referrance..:)

Unknown said...

takpe bro..keep on blogging! kite support each other.

kitatauke said...

@::aMaD::-tq bro..tu la..kdg ade mood nak blog..kadang xde...:)

Unknown said...

sy pun nak mintak tunjuk ajar...baru buat blog..

Unknown said...

lebih kurang macam blog saya visitor tak ramai mana pun

Mamaanisshop.com said...

trafik blog saya memang slow..boleh tunjuk ajar..

Unknown said...

sy budak baru belaja...
roseazharblogsopt.com