Thursday, November 15, 2012

Iklan Barangan Di Mudah.my

Antara web yang popular untuk membeli dan menjual barangan secara online adalah Mudah.my dan Lelong.com.my. Kedua-dua laman web tersebut menyediakan perkhidmatan menyiarkan iklan yang sangat memudah pengguna mencari barangan yang dihajati dan juga yang ingin menjual barangan yang dimiliki.

Mudah.my antara web yang sangat popular. Rasanya kebanyakan dari pengguna internet sangat mengenali Mudah.my. Laman web yang dihasilkan sangat mudah bersesuaian dengan namanya. Menetapkan kategori mengikut negeri sangat memudahkan pengguna untuk mencari barangan yang dihajati.

Pernah mengiklankan barangan yang ingin dijual@dibeli melalui Mudah.my? Sangat senang sebenarnya. Rujuk gambar di bawah.


Bagi yang ingin menjual barangan peribadi atau apa saja, cuma buka web Mudah di www.mudah.my. Klik pada Post a Free ad.


Isikan detail yang disediakan. Sebolehnya lampirkan sekali dengan gambar sebenar barang yang ingin dijual supaya pembeli dapat melihat gambaran sebenar barangan tersebut. Jangan lupa letak nombor telefon bagi memudahkan urusan jual beli. Kebiasaannya urusan pengiklanan di Mudah.my akan mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Memandangkan Mudah.my ni sangat popular, tak susah pada penjual yang ingin menjual barang mencari pembeli. Itu pun kalau kena dengan barang dan harganya. Pengalaman aku mengiklankan barang yang ingin aku jual di Mudah.my ini sangat memudahkan. Aku pernah megiklankan Galaxy Tab di Mudah.my. Iklan aku disiarkan 3 hari selepas permohonan. Pagi disiarkan, tengahari dah ada yang menghubungi aku. Sangat mudah Mudah.my ini.

4 comments:

Cik Yaya said...

owh..mcm tu ke..
tp kne ati2 jgk kan..kene tgok belek dlu brg bru leh beli..
tp mmg hrga dia ok kt mudah.my tu =)

kitatauke said...

Cik Yaya:boleh nak beli..tapi jgn bank in la..kene cod...tu yg terbaek..

Mummy Adriana said...

mummy pernah advertise my shoes, and barang2 lain untuk dijual...tapi dapat feedback merepek merapu dari lelaki2 gatal! haha hampeh benau

kitatauke said...

Mummy Adriana:hahaha..tu tandanya Mummy Adriana masih laku lagi..hahaha...