Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Sunday, November 11, 2012

Durian Runtuh Anak Peneroka Felda

Durian runtuh bahagian anak peneroka Felda akan diagihkan pada 14/11/2012. Pengagihan ini telah lewat dari tarikh yang diwar-warkan sebelum ini iaitu dalam bulan Oktober. Kebanyakan media melaporkan dalam bulan Oktober.

Aku tak kesah pun sebenarnya bila bahagian anak tu nak dapat. Kenapa? Sebabnya mak aku dah bagi bahagian dia pada anak-anak. Katanya bahagian anak nanti, mak ambik. Kira macam tukar la. Alasan mak aku, sebab masa tu nak raya Aidilfitri. Anak-anak lebih memerlukan untuk persiapan hari raya.

Alhamdulillah. Kehidupan peneroka sekarang banyak sangat dah berubah. Seingat aku, zaman aku kecik-kecik dulu, pergi sekolah selalu bawa bekal nasi putih+kicap+telur mata. Tu la selalu menu yang aku bawa. Aku juga sempat dengan zaman elektrik 12jam. Bila elektrik padam pada pukul 7pagi, baru bergegas pergi sekolah. Jual timun, jambu dan mempelam dari rumah ke rumah serta pekan sari (pasar tani). Masa zaman Gaban dan Suria Baja Hitam, aku Darjah 5. Sempat la ponteng Sekolah Agama. Hahaha.Tapi walaupun nampah susah, kehidupan happy je. Ye la. Masa tu budak. Mak ayah la yang fikir susah payah cari duit.

p/s:kalau mak aku tak nak cek tu nanti, aku menadah je dengan tangan terbuka...hahhaha...

6 comments:

P.A. said...

untungnya depa.....huhu

kitatauke said...

Cik P.A.:rezeki masing2 yang telah tuhan tetapkan...i'allah rezeki Cik P.A. pula..:)

Nadot said...

bestnye anak2 felda dengan rezeki yang datang... smoge sentiase dimurahkan rezeki lagi :)

http://nadot.my

kitatauke said...

Nadot:semoga semua rakyat Malaysia dimurahkan rezeki..

Saddan Juhari said...

esok ke dapat? baru tau..seb bek

parents aq dah mninggal. so smua duit diagihkan sesama adik beradik. selebihnye simpan utk tanam smula nnt.

kitatauke said...

Saddan Juhari:yup..tempat aku akan diberi esok...rasenya semua tmpt sama kot..buat sendiri ke serah ke felda nak tanam semula nnt??