Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Tuesday, November 13, 2012

Kekalkan Nombor Telefon Tapi Bertukar Syarikat Telco (MNP)

Kalau tidak berpuas hati dengan pelan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi, tetapi masih sayangkan nombor lama, boleh bertukar ke syarikat lain. Tapi masih mengekalkan nombor yang sama. Ye la. Nombor tu dah ramai yang tahu. Bukan tak boleh beli nombor baru. Cuma leceh la pula. Nak inform setiap orang yang ada yang kita dah bertukar nombor. Ia dikenali dengan MNP (Mobile Number Portability).

Aku pernah 2 kali melakukan MNP. Sebelum ini aku guna Celcom postpaid (bil). Pakej RM50 sebulan. Memandangkan penggunaan bulanan aku tak sampai RM30, aku putuskan untuk menukar postpaid tersebut kepada prepaid Celcom. Tapi Celcom tak membenarkan peralihan tersebut. Menurut staf Celcom, memang tak boleh tukar macam tu.

Jadinya aku terpaksa bertukar ke syarikat telco lain dulu. Lepas tu baru masuk ke Celcom semula. Aku memutuskan untuk masuk ke Maxis Hotlink. Sebab masa tu pelan topup Hotlink Hot Ticket menarik minat aku. Selepas 6-7 bulan aku guna Hotlink, baru aku tukar semula ke Celcom. Pelan Xpax X2 yang lebih murah.

Untuk membuat penukaran ni, cuma pergi ke centre yang nak ditukar. Kalau nak bertukar ke Celcom, pergi ke Celcom Centre. Sama la juga kalau nak bertukar ke mana-mana syarikat telco yang ada kat Malaysia ni. Apa yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan si empunya sim card dan juga salinan sim card tersebut. Selepas mengisi borang, kita akan dapat sim card baru. dalam 3-5 hari bekerja, baru proses peralihan akan berlaku. Akan terima sms tentang perkara ini.

Apa yang aku tahu, hanya Maxis yang mengenakan caj pertukaran iaitu RM25. Nak bertukar ke Celcom, Digi dan sebagainya, setahu aku tiada caj yang dikenakan.

10 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

aku dari dulu lagi setia dgn celcom.. bagi aku celcom la paling terbaik.. internet pun boleh tahan.. yg penting bagi aku, coverage

Anonymous said...

family guna digi, kawan guna maxis. kene beli dua sim card la :( huhuhu

kitatauke said...

MéuzAngelo™ XXIII & rafflesia:family semua pakai celcom...senang nak share topup..hahaha..

Unknown said...

Salam.. .
Celcom ADA sos top up tak?
Kalo ADA camne eik nak wat..
Baru pakai..
Kita guna plan x2..

kitatauke said...

@Norlin WA-try dail *118#...ade transfer@request topup..

Syed Mohar (Momo) said...

salinan sim kad? maksudnya bawak sim kad kita tu la ye?

Syed Mohar (Momo) said...

bawak salinan sim kad? maksudnya bwk sim kad la ye?

zaliq said...

sangat berinformasi, tq!!

Unknown said...

Masa tukar umobile ke digi boleh buat online je then dorg pos sim tu kat kita tp klau nk tkr ke maxis dorg buat x servis tu??

kitatauke said...

xde rasanya..kena pegi centre diorg...