Wednesday, November 14, 2012

Kad Kahwin Kreatif/Simple/Cantik

Petang semalam aku hanya melepak je di rumah. Cuti Deepavali. Selamat Hari Deepavali bagi kaum India. Bila aku jengok kat peti surat, macam ada surat je. Pelik juga. Posmen kerja ke?

Pada sampul surat tiada alamat dan setem. Mesti kad kahwin. Sebab kat kawasan rumah aku kalau surat tiada alamat dan setem, memang kad kahwin. Bila buka, nampak macam buku pula. Tapi nipis. Pelik juga aku.

Bila tengok muka depan, rupa-rupanya kad kahwin. Jemputan Walimatul Urus. Muka depan dia sama macam buku sekolah. Memang memori habis la bagi aku yang dah berbelas tahun meninggalkan bangku sekolah.

Muka surat dalam pun ditulis macam budak-budak sekolah. Memang teringat zaman sekolah dulu la. Hahaha.




Rasanya kad kahwin ni bukan antara yang tercantik. Cuma dari segi kreativiti tu. Boleh bersaing dengan kad-kad kawin yang cantik. Zaman sekarang bukan lagi kerja hanya menggunakan kudrat semata-mata. Idea inovatif & kreatif mampu memberi pulangan yang lumayan.




11 comments:

Alya Natasha said...

kreatif sangat!! :)

kitatauke said...

Alya Natasha:tu la..walaupun byk lagi yg kreatif..yg ni pun ok..

Acik Riotaro said...

cm buku skolah

kitatauke said...

Acik Riotaro:yup...sejibik...

Ku Syida said...

wauuu! kreatifnya...Ni mcm buku masa sekolah rendah..Hahaha...

Miss azieni said...

otak sape la geliga sangat cipta kad tu. kalau azie kawin nanti,nak buat cam buku 555 la. hahah

kitatauke said...

Ku Syida & Miss azieni:memang simple..tapi sangat menarik..kalau wat buku 555 lagi jimat...:)

Nurfara Hani said...

mcm buku sekolah dulu. hehe:) cantik

kitatauke said...

Nurfara Hani:cantik & kreatif..

Mohd Hanif said...

First time baru jumpe Kad kahwin design mcamni...kreatif dan mengimbau zaman persekolahan

kitatauke said...

Mohd Hanif:nostalgia tu mahal..susah nak jumpe zaman skg ni..