Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Saturday, November 17, 2012

Rawatan Lasik-Sinar Kepada Pemakai Kaca Mata/Kanta Lekap

Bagi si pemakai kaca mata atau kanta mata, Rawatan Lasik memang tidak asing lagi. Sama ada bagi yang sudah melakukannya mahupun yang belum. Rawatan Lasik adalah jawapan kepada rabun jauh mahupun dekat. Tapi harus diingat. Rawatan Lasik adalah menguurangkan kebergantungan kepada pemakaian kaca mata/kanta lekap. Bukan sepenuhnya. Sebab itu masih terdapat pesakit yang masih lagi memakai cermin mata/kanta lekap walaupun sudah melakukan Rawatan Lasik.

Adalah 1 nikmat yang tak terhingga kepada si pemakai kaca mata/kanta lekap apabila bangun pagi, tidak perlu lagi mencari mana letaknya cermin mata. Tidak perlu lagi menggosok cermin mata, mencuci kanta lekap dan sebagainya. Jika tersalah letak cermin mata, silap-silap terduduk@terpijak. Rasanya kebanyakan pemakai cermin mata pernah melalui situasi ini.

Aku dah nekad untuk melakukan Rawatan Lasik ni. Walaupun nampak macam seriau dan takut-takut, tapi disebabkan dah bosan pakai cermin mata ni, aku dah sebulat hati nak menjalani Rawatan Lasik ni. Aku dah tanya kos pemmbedahan melalui kawan aku. Orang rumahnya bekerja di Klinik Mata UIA Kuantan. Kos untuk sepasang mata adalah RM3500. Bergantung kepada kesesuaian mata.

Apa yang aku ketahui, sebelum menjalani pembedahan, mata harus diperiksa terlebih dahulu. Sama ada sesuai atau tidak untuk menjalani Rawatan Lasik. Kawan aku tidak lulus untuk buat Rawatan Lasik di Klinik Mata UIA Kuantan memandangkan korneanya nipis. Berpatutan dengan kos RM3500.

Bagi kornea nipis, mungkin boleh cuba di Prince Court atau Optimax. Sebab pernah terbaca di 1 forum, 2 tempat ini masih mampu melakukan pembedahan kerana mungkin mereka memiliki kemudahan yang lebih canggih dan terkini. Harga pun semestinya boleh tahan. Ada yang sampai mencecah belasan ribu ringgit. Tapi apalah sangat wang ringgit jika nak dibandingkan dengan kenikmatan melihat dunia ciptaan Allah ini tanpa memakai cermin mata/kanta lekap. Nantikan kedatangan aku, Rawatan Lasik.

13 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 171 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

Unknown said...

eh silap 771 awak :)

Yaya Mohd said...

ow..ade jgk ea rwtn tu..
bleh thn jgk hrga dia..tp tkut la lau nk buat..
tp mte mmg rbun..mls giler nk pkai cermin mte or knta lekap tu.. hehe

Acik As said...

semoga berjaya...(^^)/

kitatauke said...

Fariz Reza:wslm..i'allah...tq..untuk awak jugak..g+ tu tak reti nak guna..:)

Cik Yaya:jom la..lancar tabung rawatan ni untuk diri sendiri..hahaha..

As Nordin:tak buat lagi...ongkosnya x berape nak ade...tgh cargas mengumpul..:)

Unknown said...

pedih je nampaknya..hadess

kitatauke said...

Syaifuddin Alias:xpasti plak..xbuat lagi..:)

Hiddy Asri said...

Thanks.. Dh tau dh budget utk operation ni. Tcari2 gak kosnya...

kitatauke said...

Hiddy Asri:paling murah rm3.5k...kl kat prince court..dgr2 std dlm rm6k..

Hana said...

murah jugak..hana harap kornea hana ok

kitatauke said...

@hana hadi-boleh tahan jgk harganya..ada kawan xleh buat sbb kornea nipis...harap kornea awak ok...:)

eudashaari said...

saya minatlaa...pakai spek memang susah...
kalau wat lasik ni, ada pantang larang x pas operate tu?
rawatan susulan dia termasuk skali ker dalam 3500 tu?

eudashaari said...

salam

tertarik tol saya baca..macam seronok jer wat lasik ni...pakai spek memang susah..nak tanya laa..ada pantang larang x pas wat lasik ni?pastu kos rawatan susulan termasuk ke dalam 3500?