Monday, November 5, 2012

Telur ayam jantan??


Ini adalah antara berita yang dipaparkan dalam Harian Metro minggu lepas. Menurut makcik dalam gambar tu, telur miliknya diperolehi dari ayan betina. Tapi kebiasaannya telur bersaiz kecil dari biasa dikeluarkan oleh ayam jantan. Betul ke?Siapa pernah jumpa telur macam tu?



Gambar kat atas ni pula yang aku snap sendiri. Mula-mula aku ingatkan telur ayam serama. Hahaha..Sebabnya saiz yang sangat kecil. Besar ibu jari@guli kapur. Yang kanan berwarna coklat tu adalah telur gred B yang boleh didapati di kedai/pasaraya. Yang tengah tu pula adalah telur ayam kampung biasa. Memang kecil dari telur ayam biasa. Yang kiri sekali adalah telur ayam jantan. Bulat. Cantik je.

Menurut mak aku, telur tersebut daripada ayam jantan. Mulanya aku tak percaya. Tapi setelah di'google', memang ada telur ayam jantan. Cuma telur tersebut tidak mengandungi embrio/kuning telur. Hanya mengandungi putih telur. Maknanya memang telur tersebut tidak akan menetas menjadi anak ayam. Syok juga jumpa benda-benda yang tak pernah kita tengok.



4 comments:

Lady said...

keciknya telur tu, mcm telur puyuh je saiz die.

aTieYusof Family said...

Baru plak tau ada telur ayam jantan ye..:)
good info...

kitatauke said...

Lady:lebih kurang telur puyuh..pastu bulat..cantik je..
aTieYusof:aku pun baru tau..kehkehkeh..

sham videographics said...

den pun dpt gak tolo ayam jantan sebijik jer