Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Tuesday, December 4, 2012

Hilang Status Glitterati Nuffnang

Dah lama tak update blog aku ni. Sampai dah tak ada idea nak tulis apa. 2 kursus berkaitan kerja menyebabkan tiada entri baru. Kursus selama 4 hari di Duta Village Beach Resort, Kuantan diikuti pula kursus 1Citizen di Jerantut. Terus padamkan mood aku untuk berblogging.

Nak lagi best, semalam aku buka Nuffnang aku. Terperasan yang status Glitterati tu bertukar warna dari Oren ke Hijau. Dan yang tertulis di situ adalah Non Glitterati. Huhh. Pelik juga aku. Sebab aku tak letak pun mana-mana iklan dari pesaing Nuffnang. Dan nak tambah rencahnya lagi, earning aku pun turut hilang. Lagi la aku pelik.

Dengan segera aku hantar 1 emel ke Nuffnang Helpdesk bertanyakan masalah ni. Tapi sampai sekarang masih tiada jawapan. Seperti biasa, semua persoalan mesti ada dalam En. Google. Aku dengan pantasnya meng'google' apa sebabnya Nuffnang menarik status Glitterati aku.

Rupanya banyak juga sebab mengapa status Glitterati tu boleh hilang. Macam-macam. Dan yang paling dekat dengan masalah aku adalah kerana blog tidak mempunyai walau 1 trafik pun  akan ditarik status Glitterati tersebut.

Baru aku perasan. Aku mempunyai 2 blog. Blog ni dan juga yang lain. Blog yang 1 lagi ni mungkin menyebabkan status Glitterati aku hilang. Aku buka akaun Nuffnang dan terus padamkan blog yang 1 lagi dalam akaun Nuffnang aku.

Dan hari ni, status aku di Nuffnang kembali kepada Glitterati. Dan yang lagi best nya, Nuffnang kembalikan earning aku kepada asal. Huhh..Nasib baik. Tq Nuffnang.

15 comments:

Unknown said...

ohh pasal tkde trafik pun dah kena tarik eh? bahaya jugak ni.

Geng Borak said...

ahhaaaa... nasib baik.. lega rasanya bila glitterati balik. kan?

kitatauke said...

Misz Fazie:jumpe kat 1 blog...kl xde trafik..nuff akan tarik glitterati tu..

KiD:earning pun hilang..gile tak pelik...hahahha...

Rabia Sensei said...


huhu, nasib baik..saya pun kalau sibuk tak dapat nak update blog selalu. kalau earning hilang cuak gak..kalau setakat trafik ok lagi, kalau earning payah lah. mungkin kesilapan teknikal sebelah mereka kut..

kitatauke said...

Rabia Sensei : tak update rasanya ok lagi kot..mungkin trafik masih ada dari visitor lain..yang jadi macam ni..kl ada byk blog..pastu tinggal..tiada trafik...tu yang hilang status glitterati tu...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nasib baik dapat balik status glitteri tu..mmg cuaklah bila earning pun hilang...

kitatauke said...

LiLy @ MaMaQiStInA:tu la..sbb tak isi iklan lain..tetiba hilang...tp kl dah tau apa sebabnya macam sekarang ni...ok dah kot..:)

hazanis said...

owh rupanya mcm tu. :)
thnx for the info.

kitatauke said...

hazanis:dah sendiri kena...baru tau...hahahha...

Lokman said...

baru tahu macam tu pun boleh hilang

kitatauke said...

Mohd Lokman Bin Ramli:ingat boleh biarkan je blog yg tak hidup tu dalam nuff...rupanya tak boleh...

Sya Chot .. said...

skunk ni macam2 smber pndptn gune on9 jer..huhu

tahu tak pe tu plushies?Meh singgah :

http://chot91.blogspot.com/2012/12/plushiescute-ok.html

kitatauke said...

chot ok..! :baru tgk menatang g2...huhuh...

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

o...camtu... sy lg le. Payah kowt nk dpt status tu... maklumle blogger baru nak belajar...

kitatauke said...

Ieta Mat Sa'ad:kl xlanggar syarat nuff xde masalah rasanya...