Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Thursday, December 20, 2012

Kalau Tak Pandai Sekolah, Kau Pergilah Jual Burger

Semalam telah diumumkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2012. Macam-macam gelagat adik-adik semasa mengambil keputusan tersebut. Bagi yang berjaya semestinya melompat gembira. Begitu juga mak dan ayah masing-masing. Rasa bangga mempunyai anak yang mampu mengharumkan nama keluarga. Manakala bagi yang gagal pula sudah tentu berduka dan kecewa. Termasuk la mak dan ayah mereka.

Zaman sekarang semua orang beranggapan belajar tinggi-tinggi mampu menjamin masa depan. Dengan adanya Diploma & Ijazah, dengan senangnya mampu mendapat kerja dengan gaji lumayan. Ya. Memang betul pun. Tapi adakah orang yang tak berjaya dalam pelajaran tak mampu berjaya dalam hidup?

Aku terbaca dalam 1 thread di Forum Carigold. 'Kalau tak pandai sekolah, ko pergi lah jual burger'. Itu yang diucapkan oleh seorang abang kepada adiknya bila adiknya selalu dapat keputusan yang boleh dikira corot. Ye la kan. Tak semua orang mampu belajar di sekolah, mengadap buku dan berjaya. Ada juga yang dilahirkan kurang dalam segi pelajaran. Tapi Tuhan bagi kelebihan kat lain.

Si adik menyahut cabaran abang. Gigih buka & berniaga di gerai burger miliknya. Ada modal lebih adik dia bukan cawangan lain. Begitu la seterusnya. Di hujung thread starter tu menyatakan yang si adik sekarang mampu menjana pendapatan RM15k sebulan. Dan si adik mampu beli 3 rumah teres di Cheras.Si abangnya menjadi pembekal burger kat si adik.


Pernah juga masa aku praktikal di zaman belajar dulu, ada seorang brader ni bercerita tentang ternak lembu. Menurut brader tersebut, mentornya adalah lulusan dari Jepun. Tapi balik Malaysia hanya ternak lembu. Terkejut habis orang kampung. Tapi mentornya tak ambil pusing pun apa yang orang kampung kata. Dan sekarang mentor brader tu mampu menjana pendapatan RM25k sebulan. Bukan setakat jual daging lembu. Dari makanan untuk ternakan, menjual anak lembu untuk ternakan sampai  kepada supply ke restoran-restoran di sekitar bandar.


Jadi, sekiranya adik-adik tak berjaya dalam peperiksaan PMR semalam, janganlah gundah gulana. Kerana rezeki kita Tuhan tentukan. Bukan segulung Ijazah @ Diploma. Ustaz Azhar Idrus ada berkata kalau kita percaya Ijazah & Diploma mampu beri kita rezeki, sama macam kita tak percaya yang rezeki tu datang dari Allah. Lebih percaya pada Ijazah & Diploma. Lebih kurang begitu la maksudnya.

p/s: Rujukan

20 comments:

Queen said...

disebalik kata2 tu.. dah ko xpandai satu jalan.. pi usaha jalan lain.. hidup ni bukan ada satu jalan je.. ada jutaan jalan.. janji jgn putus asa

s h a said...

Kata-kata yang baik untuk motivasi adik2 yang baru je ambil keputusan PMR semalam.Semoga lebih bersemangat lepas ni kn. :)

Unknown said...

btul tu..rezeki ade di mana2 saje, cuma kita yg perlu berusaha..

kitatauke said...

@Queen yup...berusaha dan jgn sesekali putus asa..

kitatauke said...

@s h a utk diri sendiri jugak ni..supaya lebin semangat walau buat ape2 pun..:)

kitatauke said...

@Cik Que yup..usaha dan terus usaha..

Crack said...

Tengok keliling, yerp, betul, kau belajar setinggi langit pun kalau Allah tak bagi rezeki, tak guna.

kitatauke said...

@Crack setuju dgn tuan..:)

Acik Riotaro said...

tak blaja tinggi pun leh bjya jnji rajin usaha..jgn harap mak bapak je..duk umah goyang kaki.. harap mak bapak tanggung makan minum mmg x leh wat ape la..pastu slhkn mak bapak.. sume atas diri kita sndri..nk bjaya atau tak..

kitatauke said...

@Acik Riotaro amboi..mcm marah je...tapi betol la tu...kena gigih usaha sendiri...tapi kl mak bapak kaya...sape lagi nak abiskan harta mak bapa..:)

Unknown said...

rezeki halal .. Allah akan tunjuk jln ^^

kitatauke said...

@yana ainausaha cari rezeki yg halal..:)

Anonymous said...

Kalau Lieza, tak nak lah jual lembu sbb nanti tak sanggup nak jual kat org lembu yg dah dibela sekian lama..sayaaaanggg..! huhuhu

kitatauke said...

@♡ Risha Lieza ♡-kl dah ade puluh ratus ekor, takkan nak simpan lagi..kasi jual la...dpt duit..:)

Anonymous said...

Simpan sbb sayang..hahaha..confirm masuk paper muka dpn...XD

kitatauke said...

@♡ Risha Lieza ♡-Tajuk:Tuan & Lembunya-berpisah tiada...hahahha

Unknown said...

terbaik post ni!
semoga org yang gagal dlm pmr ke spm ke jadikn iktibar. sejak lahir tuhan dah tentukan rezeki masing2. cuba persoalannya kita berusaha mencarinya atau tak. kan?

kitatauke said...

@::aMaD::-yup..sgt betul...usaha + tawakkal...tak kesah la...brape kali fail pun...:)

AFNI said...

yup! betoi2.. xsmstinya blaja tinggi sapa u tu bole bjaya. rzki msing2..

kitatauke said...

@AFNI-yupp..yg penting usaha..