Rasanya 1 Malaya dah tahu kisah sedih ni. Dah banyak blog bercerita tentang kisah yang memilukan hati bagi siapa yang menonoton video tersebut.
Jujurnya aku cuma tengok 2 kali sahaja video ni. Sebabnya aku tak sanggup nak tengok kesengsaraan budak tu. Pertama kali aku tengok masa nak tidur semalam. Nak habiskan tengok video berdurasi 8minit tu, buatkan mata aku berkaca. Kali kedua adalah disebabkan mak aku minta nak tengok. Sebab ada keluar di Harian Metro.
Sanggup lelaki dewasa tu pukul budak tu macam tu sekali. Apa la sangat salah budak tu sampai diperlakukan sebegitu sekali. Dah nama pun budak. Nakal budak begitu la gayanya. Apa yang aku tengok, walaupun teruk dipukul, apabila bapa dia panggil, budak tu tetap pergi kepada bapanya. Dengan tangan yang meminta meraih simpati agar tidak dipukul lagi, aku mengaku aku menangis melihat adegan tu.
Jangan tanya kenapa andai budak tu dah besar nanti menjadi seorang yang lebih ganas dari bapanya. Jangan terkejut andai mak dan ayahnya tidak dipedulikan anaknya 1 hari nanti andai inilah didikan yang diterima oleh budak tu di zaman kanak-kanaknya.
6 comments:
saya bila seorangteman ckp sedih..saya terus tak sanguup tgk..kesian sangat.. kite tepuk tgn anak kite sikit pun dah ras abersalah..ni nak pukul sepak terajang..nauzubillah
Queen:serius sedih...bukan tak boleh pukul anak...tapi dgn niat mengajar la...berpada...tapi bapak budak ni...memang nak bunuh..bukan nak mengajar...
bajet kuat letew pukul bdk ><
shar90:tu je yang dia mampu..:)
tgok sikit je time kat ofc..tu pon mbr yg buka,yaya tgok dri jao then xsnggup tgok smpi hbis..ish,geram dgn sikap mnusia sekrng..dah mcm h**wa* grrrrr!!
Cik Yaya:serius xsanggup nak tgk video tu sampai abis...
Post a Comment