Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Saturday, December 15, 2012

Kedai Tukar Cermin Kereta Kuantan

Aku pernah post berkenaan bagaimana cara nak claim insuran bila cermin kereta pecah. Rujuk sini. Ini berlaku sekitar tahun 2010.

Kali ni cermin pecah berlaku pula pada kereta kakak aku. Kereta Perodua Myvi nya mengikut lori pasir pada aku berada dalam jarak selamat. Dengan kelajuan yang tak berapa nak laju tu, ye la, ikut lori pasir. Mana mungkin boleh bawak laju-laju. Tiba-tiba terdengar bunyi seperti batu melantun dan......


Kesan retak tu menjalar betul-betul sebelah pemandu. Huhh. Nasib baik tak retak seribu. Masa ni kakak aku berseorangan balik ke kampung. Terus dia telefon aku. Macam mana nak tukar cermin kereta tu. Dan nasib baik juga kakak aku ada ambil insuran cermin. Jadi boleh la claim insuran.

Aku terus telefon Pusat Servis Perodua Indera Mahkota Kuantan untuk bertanyakan harga penukaran cermin hadapan bagi Perodua Myvi. Setelah dikira, Staf Perodua tersebut mengatakan jumlah keseluruhan adalah RM750. Huhh. Mahal juga rupanya Cermin Hadapan Perodua Myvi ni. Bila rujuk pada insuran cermin kereta kakak aku, syarikat insuran hanya lindungi dalam jumlah RM600 sahaja. Jadinya kakak aku kena topup dalam RM150. Huhh. Macam mahal pula.

Aku rasa tak puas hati. Sebab rata-rata orang yang aku tanya mengatakan kalau tukar cermin di pusat servis memang mahal. Baik cari kedai cermin kereta sahaja. Bukan pusat servis. Dengan pantas aku google kedai cermin kereta di sekitar Bandar Kuantan. Dan aku jumpa yang ni..


Selepas 2@3 hari, aku yang bawa kereta kakak aku ke kedai cermin kereta tersebut. Aku terlupa nama kedai tersebut. Setelah bertanya pekerja kedai tersebut, harga untuk Cermin Hadapan Perodua Myvi adalah berharga RM500 sahaja. Beza RM 250 dengan pusat servis. Dan yang paling penting kualiti  adalah sama dengan yang digunakan oleh pusat servis. Jadinya kakak aku tak perlu la nak keluarkan duit. Cukup dengan claim dengan syarikat insuran. Rugi la kalau masih kena keluarkan duit poket sendiri.

Cara nak claim insuran cermin kereta:

Di Pusat Servis Perodua (ni contoh yang aku alami)

  • --Senang. Cuma bawa Cover Note Insuran yang mengatakan kita mengambil insuran cermin kereta. Biasanya yang terbaru. Semuanya akan diuruskan oleh Staf Perodua.
  • --Mahal dari kedai cermin kat luar. Pendapat aku mahal sikit. 
  • --Lambat siap. Dalam kes Perodua Viva aku, siap dalam masa 3 jam. Ni mungkin sebab Technician Perodua ada banyak kereta yang nak mereka servis.
  • --Kena booking dulu. Bergantung pada stock. Kalau tiada, kena tempah dulu. Tunggu lagi.
Di Kedai Cermin Kereta 
  • --Kena buat Laporan Polis mengatakan cermin kereta pecah. Jadinya leceh sikit la. Kereta kakak aku kena Hari Jumaat. Sabtu Balai Polis sampai tengahari saja. Ahad cuti. Terpaksa tunggu isnin.
  • --Murah dari pusat servis. Beza RM250 tu cermin depan Perodua Myvi. Boleh makan besar tuuu.
  • --Siap dalam masa 1jam sahaja. Tak perlu tunggu lama-lama. Ye la. Kedai cermin kereta je kot. Mana ada kereta datang nak servis.
  • --Biasanya kedai cermin kereta ada stock bagi kereta yang ramai orang guna. Kalau tiada, masih kena booking dulu.

10 comments:

Yaya Mohd said...

owh mcm tuu..info yg amt bguna kat yaya yg bwk kete..risau jgk lau selalu kt jln raya ni.bnyk lori..kdng2 bukn takat lori pasir or btu..tapi lori besa yg kadang ter'campak' batu dri tayar dia..huhu..lau kene kat crmin,'luka' kecik xpela jgk kan..antra perasan dgn xperasan,tp lau kene then jadi retak cm sarang labah2 cmne..kann..
eh,terpanjng komen lak..hehe..anyway thanks share ;p

kitatauke said...

Cik Yaya:same2..hati2 mase drive...jgn follow rapat sgt..ade peluang potong...kasi pancung itu lori..:)

Unknown said...

hahaha....pancung!!!! bahaya tu bro..silap silap kita yang kene pancung.macam durian dengan timun,menggelek kene,digelekpun kene.

kitatauke said...

dhinai adnan:hahaha...pancung tu..potong la...tension gak kl asyik membontot lori je..:)

Annamariana1989 said...

anna xde kereta sendiri lagi tapi selalu gak bawa kereta kawan... huh, takut gak jadi perkara macam ni.. kena hati2 lepas ni..

kitatauke said...

@ANNA MARIANAbawak kete ni..doa agar tak jadi benda2 buruk...tapi kalau terjadi..itu ujian untuk kita..redha je la kalau nak jadi...sentiasa berhati2...

Unknown said...

pengalaman saya.. 2x tukar cermin kereta(yang terbaru 1 bulan lepas), tak perlu report polis. cuma perlu copy geran kereta dan cover note..lebih mudah urusan kalau nama kita sendiri, sebab kena sign dokumen untuk claim insuran cermin tersebut.

kitatauke said...

@sulaiman idrus-betol juga tuan...kl kedai cermin tu panel insuran kita..memang tak perlu report polis...cuma kalau bukan panel insuran kita...memang kena report polis...

Unknown said...

kedai cermin tu nama apa yer?awak pakai insurans apa?kedai tu bleh buat untuk RHB insurans x?

kitatauke said...

@Nor Khonisah Daud-lupa dah nama kedai tu..rasanya ada 1 kedai je kat situ...kalau kedai tu bukan panel insuran anda, kena buat report polis cermin pecah...