Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Monday, January 7, 2013

Konvoi Bermotosikal - Hormatilah Juga Pengguna Lain

Pada siang Tahun Baru baru ni, terserempak dengan 2 kumpulan bermotosikal di jalanraya. Memang menjadi lumrah penunggang motosikal ni berkonvoi jika destinasi yang nak dituju sama. Selain tak bosan ketika menunggang, ada la juga teman berborak bila berhenti setelah penat menunggang motosikal.

Di sini aku cuma nak cerita tentang perbezaan yang ada antara 2 kumpulan bermotosikal ni.

Kumpulan Pertama

  • Aku terserempak dengan Kumpulan Pertama ni ketika mengisi minyak di Stesen Shell Batu 12 Jalan Gambang Kuantan, bertentang dengan Tunas Mart. Gaya mereka seperti pelajar-pelajar IPT di sekitar Pahang kerana memakai baju yang sama. Mungkin baju kolej mereka. Teringat pula ketika zaman aku muda remaja duhulu. Beginilah aku 10 tahun lepas. 
  • Selepas isi minyak, aku bergerak untuk balik rumah. Kumpulan  tersebut memotong kenderaan yang aku bawa dengan berhemah. Seronok tengok mereka.

Kumpulan Kedua
  • Setelah memandu lebih kurang 15 minit, terserempak pula dengan Kumpulan Kedua. Siap Marshall bagai. Bukan escort dari Polis pun. Kumpulan yang ni aku tak berkenan. Mereka sesuka hati menahan kenderaan lain agar bagi laluan kepada mereka. Orang lain konvoi juga. Tapi ikut la peraturan.
  • Dan yang paling tak best dan aku rasa hangin, bila mereka ni menunggang, penuh lane jalan tu dengan 'puak-puak' mereka saja. Walhal ketika itu, banyak kenderaan di belakang mereka. Mungkin mereka rasa mereka je kot yang bayar cukai jalan.

Kepada penunggang bermotosikal yang selalu berkonvoi. Tak salah pun kalau nak berkonvoi ramai-ramai. Memang seronok. Aku pun pernah juga jadi mat moto dahulu. Tapi hormatilah juga pengguna jalanraya yang lain. Kalau tak mampu menyenangkan, jangan menyusahkan.

Sekadar Hiasan/Sumber:google

18 comments:

Cik Zara said...

em, betol betol betol.. :)

biasalah kalau dah nek moto ni konvoi pulak tu adalah egonya..hihi..nak tunjuk yang die tengah berkonvoi.. haha.padahal orang tengok pun dah tau.. :) have a nice day..

kitatauke said...

@Cik Zara-maaf ckp la...nak2 plak bawak ppuan..huhhh...

Unknown said...

Apasal diorg ni xkene saman je,mengganggu lalu lintas.lainlah kalau event yg mendpt kelulusan.

Unknown said...

Betul tu...org lain pun bayar jugak cukai jalan..

kitatauke said...

@siti farishah An-tak berjumpe dgn pak polisi kot..

kitatauke said...

@Nieyxzha Hassan-tak tau nak kate ape dah...

uncle said...

kadang-kadang tu si marshall lebih sudu dari kuah dari polis trafik...uncle selalu juga berjumpa dengan puak-puak begini, tapi uncle buat tak tau jer..buat pekak walaupun kena hon berkali-kali dengan motor depa hahahaha

melainkan kalau ada polis trafik tu.. baru uncle patuh dengan undang-undang...kalau setakat nak buat undang-undang sendiri tu..kirim salam je lahh hihihihi

Unknown said...

Biasanya konvoi yang guna motsikal berkuasa tinggi je yang banyak perangai.Aku sendiri pernah alami.Disuruh ketepi untuk bagi laluan 3 biji moto je....mentang mentang la...

kitatauke said...

@uncle-kl saling hormat org..xde masalah sebenarnya...

kitatauke said...

@dhinai adnan-masalahnya...ni motosikal berkuasa rendah...hahaha...xtau la kl dah mampu beli berkuasa tinggi nnt...macam mane pula peel nya...

Yaya Mohd said...

btul..
xsuke kumpln 2 jgk..tp lum penh jumpe lg..hehe slalu jmpe jnis yg biasa je..xde plak nk menahan2..ni x,mcm la kerbt drja kita nk kne bg laluan pla ye..huuuu

kitatauke said...

@Cik Yaya-xsalah pun nak konvoi..cuma jgn susahkan pengguna lain...

Annamariana1989 said...

kekadang suka tengok tapi kekadang myampah juga sebab dorang suka belagak sangat..

kitatauke said...

@ANNA MARIANA-:)...ade yg bagus...cuma sebab segelintir wat perangai...semua terpalit...

Unknown said...

haa..betullah tu..
aku rasa macam apa ko rasa bro
memang tak patut

kitatauke said...

@::aMaD::-xtau nak kate ape dah...:)

H.A said...

diorang rasa macho bile konvoi ngn moto besar reramai kot... hehe.. tu yg overkonfiden lebih sudu dari kuah :) heee

kitatauke said...

@HafRizah@Dátiles.Dulces-hahaha..mgkn la kot..kl moto beso xpe la jgk...ni moto kecik je...