Wednesday, April 28, 2010

Keluar zakat bukan hanya bile aidilfitri sahaja

emel ni aku dapat dr shahrom batu embun...tentang zakat....

Saya merasa terpanggil untuk mengajak semua kawan2 seperjuangan saya untuk memberkatkan lagi pendapatan yang kita dapat
Mari kita sama-sama ke kaunter zakat membuat potongan zakat terhadap gaji yang kita dapat setiap bulan
Potongannya tidaklah banyak hanya RM 24 sebulan
Ataupun layari je http://www.zakatpahang.my/ (bg negeri pahang)
Marilah kite sama-sama membersihkan pendapatan kita dan mengumpul saham Akhirat

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Hikmah dan tujuan ALLAH mensyariatkan zakat antaranya ialah :

1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

2. Membersihkan diri pembayar zakat.

3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH di kalangan golongan yang berada.

5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan orang yang kurang bernasib baik.

6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

7. Memberikan peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat ISLAM dalam urusan ekonomi dan kewangan.

9. Memberikan masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH.

10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.


Sekian harap maklum....


korang pun mesti penah dengar citer tentang org bukan muslim pun bayar zakat sebab pade diorg...dengan bayar zakat ni....leh bagi diorg lagi untung....so...kenape kita sebagai muslim tak nak bayar zakat????

p/s:kredit to shahrom sbb bagi emel ni....(dapat pahala jugak sbb sebar benda baik)

4 comments:

ct fad said...

oooo..aku duk selangor..
pasal zakat2 ni aku campak bg orang laki yg handlee..huhu..

blitzkrieg said...

aku mcm kau jgk suka kongsi benda yang aku rasa menarik kat blog aku...berhibur sambil cari keberkatan

kitatauke said...

ct fad:hooho..tggjwb dia....
blitzkrieg:kita dah byk sgt disogok ngan hiburan...

nurul said...

jangan lupa bayar zakat pendapatan....tak kira lelaki @ prmpuan ....sekarang bayar zakat boleh potong gaji...hasilnya kita dapat pendapatan yg bersih....