Walaupun aku sudah disahkan oleh Medical Assistant (MA) bahawa darah aku tidak mengandungi paras asid urik yang tinggi, namun aku masih mengambil langkah berjaga-jaga. Ni disebabkan makan yang pesakit gout tak boleh makan, aku pun tak boleh makan juga. Macam yang aku bagitau, aku lebih rela berpantang makan dari mengidap sakit gout ni. Sakitnya bukan kepalang.
Ramai orang yang aku jumpa kata memang dah nak mengarah ke gout. Aku jadi makin risau walaupun ujian darah mengatakan sebaliknya. Aku pun dengan pantasnya meng'google' ubat-ubat yang mampu menyembuhkan penyakit gout. Ada banyak ubat yang dicadangkan. Di bawah ni aku senaraikan ubat-ubat yang aku telah cuba untuk meredakan sakit kaki aku ni..
1) Kapsul Malac & Ardisia dari HPA
2) Bertungku dengan buah betik muda
Kalau google mengenai betik muda, pasti cerita tentang sakit gout juga akan keluar sama. Caranya ambil betik muda dan layukan atas api. Macam nak buat tungku. Layu atas api tanpa belah atau potong. Agak-agak dah panas, balut dengan kain dan letakkan atas bahagian sakit. Memang rasa sakit akan kurang.
3) Habbatus Sauda
Ni minuman aku amalkan sampai sekarang. Mula-mula ingatkan pahit. Rasa macam malas je nak minum. Rupanya tak.
4)Alpha Lipid Lifeline
Kalau di'google' pengalaman mereka-mereka yang menghidap gout ni, bermacam jenis ubat yang telah dicuba. Ubat-ubat yang aku cuba ni juga dari pengalaman mereka-mereka yang terdahulu. Aku pula jenis yang kalau makan sekali terus nak baik. Apa-apa pun cubalah sesuatu tu dengan kadar berterusan.
0 comments:
Post a Comment