Wednesday, November 14, 2012

Selamatkan Maklumat/Data File Komputer Sebelum Hilang

Komputer dijangkiti virus memang biasa berlaku pada pengguna OS Windows. Sebab tu banyak syarikat mengeluarkan antivirus bagi menghalang virus daripada terkena pada komputer masing-masing. Tapi cakap-cakap orang mengatakan yang keluarkan virus tu, kompeni antivirus la. Kalau tak ada virus, macam mana antivirus tu nak laku. Macam Professor Klon buat dalam Filem Cicakman. Betul ke tidak, aku tak pasti.

Kalau tak nak guna OS Windows, boleh guna Apple OS atau Linux. 2 OS ni memang jarang kedengaran bab virus. Hampir tiada langsung la senang cerita. Tapi bagi pengguna yang dari kecil sampai sekarang asyik mengadap Windows macam aku ni, nak bertukar ke Apple OS @ Linux memang akan menyebabkan kepala otak mengalami kejutan @ gegaran pada 8.8 skala Richter. Mula-mula memang excited dan nampak macam senang. Lama-lama akan kembali kepada Windows. Bagi yang otai2 komputer tu, takkan ada masalah. Bagi nubie macam aku ni, memang akan ke laut la.

Ok. Terus kepada tajuk entri. Apa yang aku selalu amalkan adalah hanya meletakkan segala maklumat/data/file aku dalam Local Disk(D:). Dari file microsoft word, excel sampai la ke lagu/filem/gambar. Semua aku letak dalam Local Disk(D:). Aku tak sekali-kali meletakkan maklumat/data/file dalam Local Disk(C:), Desktop, Download, Documents, Music, Pictures & Videos. Kerana kesemua tempat ini akan berada dalam Local Disk(C:). Kena ingat bahawa kebanyakan virus akan menyerang sistem yang berada di Local Disk(C:). Kebanyakan ye. Bukan semua.

Kalau komputer dah kena virus, kebiasaannya kita akan format Local Disk(C:) sahaja. Andai kata tak perasan maklumat/data/file yang penting ada dalam Local Disk(C:), habislah terpadam. Cara ni berguna untuk Windows 7. Sebab rata-rata semua orang pakai Windows 7 sekarang. Windows XP rasanya boleh juga. Windows 8 aku belum sentuh lagi. Sebaliknya cara ini tak sah untuk hard disk corrupt. Yang tu tak boleh nak tolong. Huhuhu.

4 comments:

cweet pinky said...

hehehe , okey2 paham ... tapi leceh la , kebetulan dah berlambak dokumen dlm local disk c tuh ..

kitatauke said...

cweet pinky:memang leceh kl tak buat dari awal..cuma syg plak kl file2 penting hilang..

Cik Yaya said...

betul..selalu lau bwk g format pon owg kedai suh sve smua file kt 'D' tu..yaya mmg jrng simpn kt disk 'C' tu..=)

kitatauke said...

Cik Yaya:tu la..tak la susah hati kl file hilang..