Saturday, November 10, 2012

Kos Pasang Foglamp Perodua Viva

Aku pasang foglamp kat kereta aku bukan sebab nak cantikkan kereta. Aku pasang sebab kalau kita hanya 'ON' kan lampu kabus ketika jarak penglihatan semakin berkurangan, kadang kala pemandu depan masih tak nampak kenderaan kita.


Ni kereta yang telah dipasang dengan fog lamp.


Yang ni pula standard kilang. Nampak meriah yang ade fog lamp kan?


Yang aku tanda dengan anak panah adalah lampu kabus. Jika hanya pasang lampu kabus ketika kabus tebal, kadang-kadang kenderaan depan masih tak nampak kita. Yang bawah pula adalah fog lamp.

Bagi aku, pasang fog lamp ni lebih pada penggunaan berbanding bergaya. Sebab kalau lampu kabus tu sahaja memang tak terang sangat.

Kos pemasangan. Biasa aku survey dulu kat forum kereta berkaitan dengan kos pemasangan fog lamp ni. Yang aku pasang ni, jenis biasa. Paling murah la. Sebelum pasang kena tahu apa barang-barang berkaitan untuk pemasangan fog lamp ni. Kalau tak, memang kena tipu la.

Barang yang dipasang adalah:
      1)fog lamp
      2)wiring
      3)relay
      4)fius
      5)suis

Barang-barang ni perlu tanya detail kat kedai yang nak pasang tu. Sebab ada kes, bila tanya kos pasang, tokey kedai kata rm60 contohnya. Dah siap pasang, macam-macam pula yang cajnya. Kata fius harga lain la, relay harga lain la. Tu semua taktik menipu pelanggan.

Kos aku pasang fog lamp adalah rm60. Siap pasang semua. Sebab semua aku tanya. Hahahah. Rasanya ok kot harga tu. Sebab paling murah yang dibincang dalam forum dalam rm50. Ok la. Dari kena tipu. Huhu...

10 comments:

Lissa said...

wah.nice info. nak pasang kat saga blm lisa agak2 boleh tak ek?hehe

kitatauke said...

Lissa:bole sangat..tapi elok bawak org lelaki...kadang org laki pun bole kene tipu...hahha...

rafflesia said...

belum ada kereta lagi.. :) terima kasih bkongsi info.

kitatauke said...

rafflesia:xpe..suatu hari nanti..pasti ade...:)

Ibnuismaini Ismail said...

Ada foglamp bagus gak sbb lampu backup kut2 buta sebelah mata lampu besar tu. Nanti lori drp depan ingat motor lak. hu3.

kitatauke said...

Ibnuismaini Ismail:betol juga..sbb byk kali gak jumpe kete yang buta sebelah mata..:)

Badren Awang said...

berapa 1 set....nk gak pasang

kitatauke said...

Badren Awang:yang aku pasang ni..jenis yang biasa je..rm60...siap pasang...

Siti Haida Abdul Karim said...

Sy duk area maran pahang..mcm berminat lak nk pasang fog lamp kt viva sy tu...kt mana u pasang fog lamp u tu?

kitatauke said...

@Siti Haida Abdul Karim-pasang kat wangsa maju..kedai aksessori kereta...tny dl harga sebelum pasang...takot kene sembelih nanti..