Friday, November 9, 2012

Tukar Kepala Paip Rosak

Kepala paip di bilik air rumah aku dah rosak. Asyik keluar air je walaupun dah di tutup rapat-rapat. Menitis. Jadi aku pergi kedai untuk dapatkan kepala paip baru untuk diganti dengan yang rosak.


Ni la barang yang aku beli. Yang putih tu kepala paip plastik. Rasanya semua orang kenal. Yang sebelah tu pula seal tape atau bahasa kampungnya sallotape paip.


Balut seal tape tersebut di bahagian bergigi pada kepala paip. Macam gambar di atas. Berbeza kan 2 gambar di atas. Agak-agak je balutan tersebut. Jangan nipis dan jangan tebal. Kalau nipis air akan keluar. Kalau tebal susah pula nak pasang nanti.


Ni kepala paip yang nak ditukar. Macam biasa. Pulas kepala paip berlawanan arah jam. Sebelum cabut kepala paip ni, pastikan tutup dulu saluran paip utama. Kalau tidak, lecun la basah.


Rupa paip bile takde kepala paip. Ambil kepala paip baru yang dah dipasang dengan seal tape. Pasang kat paip ni. Pusing ikut arah jam.


Tadaa.. Dah siap pasang. Jangan lupa buka semula paip di saluran utama. Baru la air keluar.








4 comments:

cweet pinky said...

baru la lelaki :D i like, i like ...

kitatauke said...

hahhaa...org ppuan pun boleh buat ni...senang je..

cweet pinky said...

hahaha , taw takpe , tp CP tak pernah bwt lagik , kalaw CP nak suami kan , CP nak suami yang ade banyak kemahiran , baik aip kerr, baik brg letrik kerr ,

kitatauke said...

amboi...is3 la pula yang bantu suami kl suami xtau buat..:)