Rasanya seluruh rakyat Malaysia mengenali insan di atas. Insan yang selalu memberi keceriaan kepada berjuta-juta umat Islam setelah sebulan berpuasa. Insan yang ditunggu-tunggu selepas malam 7 Likur. Kalau elektrik terpadam pun malam penggumuman tersebut, mahu seluruh negara memberontak. :)
Dan di SinarHarian bertarikh hari ini, keluar berita tentang Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah meninggal pada malam semalam kira-kira 8.30 malam.
Bagi aku yang membesar dengan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, rasanya 1 kehilangan. Sebab selalunya penggumuman Hari Puasa dan Hari Raya diumumkan oleh beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
5 comments:
Allahyarham ni sejak aku lahir sampai lah tahun lepas.. 22 tahun dalam kenangan.. semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman .. Al-fatihah
Shah Irwandy:aminn..
serius...sedihnya..;( tiap tahun tgk muka dia..pas nie dah xdelah..hurmmm
Setiap yang hidup akan pergi jugak satu hari nnti....alfatehah tuk allahyarham...
secret of us:tu la...tahun ni dah start org lain
hainom OKje:betol...moga dicucuri rahmat..
Post a Comment