Labels

award (3) bengang (2) Blog (5) Emas (3) Giveaway (11) Haiwan (4) Hiburan (1) info (32) Informasi (59) Komputer (2) KPF (2) Luahan (17) luahan perasaan (1) makan (1) Makanan (1) Nuffnang (1) Pelaburan (5) Petua (1) Piala Dunia (11) pikir-pikirlah (3) renungan (2) resepi (3) Segmen (7) Sukan (2) suke-suki (31) tag (2) terima kasih (1) tips (5) Tumbuhan (5) tutorial (7) Wordless (4)

Tuesday, October 30, 2012

Masukkan dividen KPF (Koperasi Permodalan Felda) terus ke akaun pencarum

Aku pernah buka entri pasal KPF dulu. Klik Sini. Jadi lanjutan dari cerita aku tu. Rupanya sangat senang untuk membuat permohonan memasukkan dividen KPF terus ke akaun bank kita. Dalam kes aku ni, aku buat terus ke akaun maybank. Ye la. Senang nak buat. Tambahan pula semua urusan KPF melalui maybank.

Apa yang aku buat adalah membuka website KPF. Seterusnya cari no telefon untuk terus berhubung dengan pejabat KPF. Aku nyatakan tujuan aku telefon adalah untuk tanya bagaimana nak buat permohonan memasukkan dividen KPF terus ke akaun maybank. Kerani pun minta la nama penuh, no kad pengenalan dan juga no akaun maybank. Tu je.

Biasanya dividen KPF ni masuk 2 kali setahun. Yang pertama awal bulan 6 tak silap aku. Yang ke-2 tak ingat. Aku buat ni tahun lepas. Pertengahan tahun baru ni, check balance maybank mak aku ade sejumlah duit masuk yang aku tak tau dari mana. Sebab aku yang monitor akaun maybank mak aku. Rupa-rupanya dividen KPF dah masuk terus ke akaun. Senang la kerja aku lepas ni.

Biasanya kalau kita tak buat permohonan masukkan dividen KPF terus ke akaun maybank kita, pembayaran dividen akan dibuat melalui Pejabat Felda masing-masing. Masalah akan timbul bila senarai nama yang dikeluarkan, font nya sangat kecil. Dah la kebanyakan generasi pertama Felda banyak yang dah rabun mata. Tambahan pula kalau yang anak-anak tiada kat rumah. Jadi ini la cara yang bagus supaya tak bersesak-sesak dengan orang ramai.


Thursday, October 25, 2012

Hukum makan belangkas?

Ramai di antara kita rasanya masih belum mengenali makhluk laut bernama belangkas ni. Ramai yang bertemu depan mata. Tak kurang juga yang hanya pernah lihat melalui kaca tv ataupun internet.


Belangkas biasa didapati di tepi pantai. Juga selalunya kita akan berjumpa dengan belangkas ni berdua-duaan. Maksudnya jantan dan betina berkepit. Sebab tu wujud perumpamaan orang-orang tua.."macam belangkas". Sebab memang sifat belangkas ni berkepit jantan dan betina.

Aku sejak dari kecil memang biasa makan belangkas. Disebabkan rumah mak sedara aku berhampiran pantai, memang senang nak dapat belangkas ni. Tu cerita 20 tahun dulu. Sebelum harga belangkas mencanak-canak sekarang ni. Dulu orang was-was nak makan. Antara halal atau tak. Disebabkan kononya belangkas ni boleh hidup 2 alam.

Sebenarnya tidak. Belangkas tak boleh hidup di darat lama. Belangkas memang mampu hidup di darat. Cuma tidak setangkas di air. Lihat pandangan ustaz tersohor di negara kita tentang belangkas.


Harga belangkas mula melonjak naik disebabkan permintaan yang makin meningkat untuk darahnya. Zaman aku dulu-dulu, orang hanya makan saja belangkas ni. Ada pendapat mengatakan darah belangkas mampu mengubati pelbagai penyakit. Sampaikan orang putih pun berlumba-lumba nak kan darah belangkas ni. Darah belangkas dikatakan berwarna biru. Lebih krang macam darak ketam. Tapi aku sendiri tak pernah tengok darah belangkas ni.


Kenali Babi/Khinzir

just copy dr emel yg d trime..klu dah ade sory lah ek..

Salam sejahtera dan assalamualaikum

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada
produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham
istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan **** atau Khinzir jelas
menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging
****, bulu **** ataupun kulit ****. Tetapi di dalam bahasa
Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang
digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging
**** di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan
kumpulan spesis ****.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor **** atau
sebenarnya bermaksud **** muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk **** dewasa, berat
melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk
sesuatu yang berkaitan atau berasal dari ****.
Porcine sering digunakan di dalam bidang
perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang
berasal dari ****.

6. Boar : **** liar

7. Sow : Istilah untuk **** betina dewasa yang
jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu ****

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang
menggambarkan haiwan ****, istilah Porcine
sering digunakan dalam bidang perubatan atau
label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak
mengetahui bahawa label yang bertulis

"This product contain substance from porcine"
bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari
****", atau label yang menyatakan "The source
of gelatin capsule is porcine" bermaksud
"Kapsul dari gelatin ****".


"credit to takumie CG Forum"

Wednesday, October 24, 2012

Racun rumput sambau

Bagi petani/pekebun memang kenal akan rumput sambau ni..rumput ni sangat degil untuk dimusnahkan..Biasanya rumput ni tumbuh bebas di depan rumah..buat semak je..


Sebenarnya sudah puas aku mencari racun rumput yang sesuai untuk rumput ni. Sebab kalau dibiarkan rumput ni akan tumbuh dengan banyaknya di hadapan rumah. Akhirnya berjaya juga aku ketemu racun yang sesuai untuk rumput ni.


Ni la racun yang aku gunakan..kena campur 2 jenis racun ni baru berkesan. 1 nama Nasa Glyphosate, 1 lagi nama Zagro apa ntah. Sejak aku guna 2 jenis racun ni..memang berkesan la..memang habis mati rumput sambau depan rumah aku. Aku biasa meracun 2 bulan sekali untuk mengawal rumput sambau ni dari merebat.

Sebenarnya rumput sambau ni ada kegunaannya. Walaupun nampak macam tak berguna je rumput ni..tapi kalau di'google', rumput ni boleh dijadikan ubat pelawas kencing/juga mampu merawat barah. Cuba google. 

Pada pendapat aku juga, rumput ni sepatutnya banyak kegunaan kerana kalau racun-racun biasa je..rumput ni tak akan mati. Ni menunjukkan katahanan dan keupayaan rumput sambau ni dari racun. Harap ada la pihak-pihak dapat melakukan ujikaji berkenaan rumput sambau ni. Sesungguhnya Tuhan tidak menciptakan sesuatu makhluk-Nya dengan sia-sia.

Tuesday, October 23, 2012

Download software secara percuma

Aku biasanya men'download' perisian komputer di www.filehippo.com. Boleh klik di sini. Sebenarnya banyak lagi laman web yang menyediakan perisian secara percuma yang boleh di'download'. Cuma aku sangat-sangat familiar dengan filehippo ni. Jika buka web filehippo ni, muka depan dia akan terpapar seperti dibawah.


Boleh tengak di muka depan web filehippo ni. semua perisian telah ditetapkan mengikut kategori. Jadi amat mudah untuk mencari perisian yang kita kehendaki.


Andaikata tidak ketemuan perisian yang kita nak, boleh la cuba searh box di bahagian atas yang telah ditetapkan. Contohnya nak download google crome. Taip google crome dalam search box dan tekan go.


Cari pilihan yang ingin di'download'. Dalam contoh ni google crome. Seterusnya tekan download.


Download perisian versi terbaru di 'Download Latest Version'.


Tekan save file untuk download perisian tersebut. Andai kotak tersebut tidak keluar, klik di If not then please click this link


Bila download sudah selesai, double click kat software tu untuk install.


 Akan keluar pilihan untuk install. Tekan 'run' untuk install.


Selesai sudah cara untuk download dan install software secara percuma. Sebenarnya banyak lagi web yang menyediakan perisian secara percuma dan boleh di'download'. Andai kata tak jumpa software yang dikehendaki, google sahaja software berkenaan dan ditambah dengan perkataan download menggunakan google search box.

Sunday, October 21, 2012

Ubat gout yang berkesan untuk aku

Walaupun aku sudah disahkan oleh Medical Assistant (MA) bahawa darah aku tidak mengandungi paras asid urik yang tinggi, namun aku masih mengambil langkah berjaga-jaga. Ni disebabkan makan yang pesakit gout tak boleh makan, aku pun tak boleh makan juga. Macam yang aku bagitau, aku lebih rela berpantang makan dari mengidap sakit gout ni. Sakitnya bukan kepalang.

Ramai orang yang aku jumpa kata memang dah nak mengarah ke gout. Aku jadi makin risau walaupun ujian darah mengatakan sebaliknya. Aku pun dengan pantasnya meng'google' ubat-ubat yang mampu menyembuhkan penyakit gout. Ada banyak ubat yang dicadangkan. Di bawah ni aku senaraikan ubat-ubat yang aku telah cuba untuk meredakan sakit kaki aku ni..

1) Kapsul Malac & Ardisia dari HPA

Ni antara ubat terawal aku makan. Ubat ni mampu mengurangkan sakit, tapi tak menghilangkan. Mungkin tak sesuai dengan badan aku.

2) Bertungku dengan buah betik muda


Kalau google mengenai betik muda, pasti cerita tentang sakit gout juga akan keluar sama. Caranya ambil betik muda dan layukan atas api. Macam nak buat tungku. Layu atas api tanpa belah atau potong. Agak-agak dah panas, balut dengan kain dan letakkan atas bahagian sakit. Memang rasa sakit akan kurang.

3) Habbatus Sauda

Ni minuman aku amalkan sampai sekarang. Mula-mula ingatkan pahit. Rasa macam malas je nak minum. Rupanya tak. 

4)Alpha Lipid Lifeline


Yang ni aku amalkan sekarang. Mula-mula lepas minum tu, rasa sakit sangat pada keesokannya. Tapi daripada pengalaman orang yang minum Lifeline ni, mereka kata teruskan saja minum. Nasib aku baik cuma keesokkanya sahaja kaki aku sakit. Sampai sekarang dah tak sakit lagi.

Kalau di'google' pengalaman mereka-mereka yang menghidap gout ni, bermacam jenis ubat yang telah dicuba. Ubat-ubat yang aku cuba ni juga dari pengalaman mereka-mereka yang terdahulu. Aku pula jenis yang kalau makan sekali terus nak baik. Apa-apa pun cubalah sesuatu tu dengan kadar berterusan.

Saturday, October 20, 2012

Sakit kaki tiba-tiba - adakah petanda gout??

3 hari sebelum puasa tahun ini bermula,aku telah diserang dengan sakit kaki yang amat sangat...sakit tersebut memang tak pernah aku alami sebelum ini...rasa berdenyut-denyut ibarat ada benda menggigit dan melingkari sendi kaki sebelah kanan aku...rasa tersebut semakin ketara apabila mengangkat kaki sesudah memijak...aku mula kena selepas bangun sahur...ingatkan sakit biasa...sakit yang tak boleh diurut...sebab kalau urut...sakit tu makin menjadi-jadi...

pada mulanya...aku tak rasa aku menghidap gout...sebab dari apa yang aku baca di internet...kebiasaannya orang yang menghidap gout adalah mereka yang suka makan makanan laut (udang/kerang/sotong dll) sedangkan aku rasa aku tak la taksub sangat dengan makanan tersebut...juga daging merah (lembu/kambing/kerbau dll)...yang ni pun aku rasa tak....sebab aku memang jarang makan...tapi tu pada kebiasaannya la....yang tak biasa tu..tak tau pula aku....

dalam bulan puasa tersebut...dalam 4 5 kali juga aku diserang sakit kaki ni...pernah terfikir nak cari tukang urut untuk menghilangkan sakit kaki aku ni....dah memang tak tertanggung rasanya....tapi entah macam mana....tuhan tak ketemukan aku dengan tukang urut....dari perbualan dengan bapa kawan aku....katanya kalau betul gout memang tak boleh urut....patut la...ada sekali tu....sakit tu tak la kuat sangat....aku pun gatal-gatal tangan nak urut...dengan harapan agar sakit tu hilang...tapi apa yang berlaku selepas itu terbalik pula....makin sakit pula kaki ini....ini menambah keyakinan aku bahawa mungkin betul aku bakal menghidap gout....

sepanjang masa mengidap sakit kaki ni...rasanya 3 kali aku pergi ke klinik...mula-mula aku ke Klinik Sulaiman....masa ni pertama kali aku sakit kaki...sakit yang amat...bila berjumpa dengan doktor...doktor kata...bukan gout....sebab bengkak di kaki aku tak macam gout...menurut doktor tu...kalau betul gout...bengkak kaki akan lebih besar dan merah...sedangkan bengkak di kaki aku biasa-biasa sahaja...selang 2 minggu....sakit tu tak hilang-hilang....aku pergi ke klinik kerajaan.....kat sini aku telah dicucuk 1 jarum dan dibekalkan dengan ubat....melalui dos yang dicucuk dan ubat yang diberi....setelah di 'google search'....aku dapati ada persamaan dengan ubat pesakit gout...aku mula risau....Medical Assistant (MA)bertugas suruh aku buat Blood Test untuk pastikan samada sahih gout atau tak....lagi la aku panik....

seminggu selepas ambik darah untuk test....MA sahkan darah aku normal...normal dari segi kandungan asid urik...sebab gout ni terjadi kerana kandungan asik urik yang tinggi dalam badan....asid tu berkumpul di sendi-sendi...maka terjadi la gout....huhhh...lega aku dengar...cuma tu la....apa yang pengidap gout tak boleh makan....aku pun tak boleh makan juga...mungkin gout aku masih diperingkat awal....

walaupun disahkan MA bahawa aku tak hidap gout...tapi aku dah mula ambik langkah berjaga jaga...terutama bab makan...sebab gout ni sangat berkait rapat dengan apa yang kita makan....aku dah mula berpantang dari makanan yang boleh menyebabkan gout menyerang....antara makanan yang aku stop makan:
  1. daging merah (lembu/kambing dll) - ni sangat menyedihkan aku...dah la masa raya hari tu...banyak rendang daging...aku mampu tengok je...waaaaaaaaaaaaaaaa...
  2. kacang tanah - yang ni aku tak boleh makan...aku pernah makan kuah kacang dengan satay...raya kan...esoknya 'selamat' aku....aku yakin aku boleh makan kekacang tanah sebab kekacang lain aku boleh makan contoh badam (almond london), gajus, kacang hijau...
  3. ikan talang masin - dah la masak asam pedas nenas....perghhh....apa nak kata....2 minggu sakit kaki tak hilang...terus dapat 1 jarum dari MA...ikan jebong aku boleh makan...tapi tak pada jiran aku (dia pun sakit gout juga)
  4. ikan bilis - yang ni masa sakit aku tak test....sebabnya ada ustaz  yang menghidap gout juga...terus MC esoknya sebab termakan bilis dalam masakan....budu pun dah tak boleh makan....sedihhh....
orang kata....bila kena gout ni...hilang antara nikmat dunia...ye la...banyak benda tak boleh makan....ini pantang...itu pantang....tapi pada aku....aku lebih rela berpantang makan dari menanggung sakit gout ni....